Respon Anthony Martial selepas kehadiran Cristiano Ronaldo ke United

0

Anthony Martial telah membuktikan yang dia boleh memberikan impak kepada pasukan United selepas menjaringkan gol yang luar biasa ketika membantu pasukan Perancis seri 1-1 menentang Ukraine. Pemain antarabangsa Perancis ini akan menghadapi keadaan yang tidak menentu di Old Trafford pada musim ini berikutan kehadiran Cristiano Ronaldo.

Martial dikatakan akan ditunjukkan jalan keluar pada tahun hadapan jika dia tidak berjaya menunujukkan prestasi yang bagus pada musim ini. Kehadiran C.Ronaldo seharusnya memberikan impak yang positif kepada prestasi semasanya. Martial bergelut untuk menjaringkan gol ketika bersama pasukan United pada waktu ini. Dia hanya menjaringkan 7 gol pada musim lepas untuk 36 perlawanan. Solskjaer masih menaruh harapan yang tinggi kepada pemain yang berusia 25 tahun ini.

Gol yang dijaringkan Martial.

‘Memang betul kata Solskjaer. Saya harus sentiasa berada dalam kedudukan terbaik dalam menjaringkan gol. Saya harus bekerja keras berusaha memperbaiki perkara ini. Sekiranya saya berjaya melakukan perkara ini, pasti saya akan menjaringkan gol dengan lebih banyak. Segalanya berjalan dengan baik. Saya berharap dapat meneruskan rentak gol ini. Itu tugas saya.’

Dengan kehadiran C.Ronaldo, Martial telah bersedia awal selepas dia menjaringkan gol dari jarak dekat pada awal pagi tadi. Jarang untuk kita saksikan Martial menjaringkan gol seperti gol tersebut. Namun dia telah berjaya buktikan yang dia bersedia untuk berada dalam pasukan United pada musim ini.

Martial hanya berada 1 kali dalam kesebelasan utama United pada musim ini dan selebihnya berada di bangku simpanan serta dimasukkan sebagai pemain gantian. Greenwood merupakan penyerang utama United pada ketika ini dengan 3 gol dalam 3 penampilan. Sancho juga senasib dengan Martial.

- Advertisement -