Rennes bersedia untuk menjual Camavinga

0

Pemain yang menjadi buruan Manchester United, Eduardo Camavinga dikatakan mempunyai peluang yang terbaik untuk meninggalkan kelab tersebut pada musim ini sebelum jendela perpindahan berakhir. Wartawan terknal Fabrizio Romano telah melaporkan yang Rennes bersedia menerima tawaran duit masuk untuk mana-mana kelab yang berminat mendapatkan Camavinga.

Yang terkini, Camavinga tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama pasukan tersebut. Kontraknya bakal berakhir pada tahun hadapan. Nilai perpindahan yang ditetapkan oleh Rennes adalah sekitar 35 juga pound.

Adakah United akan mendapatkan Camavinga sebelum jendela perpindahan ditutup? Camavinga kini berusia 18 tahun dan telah berjaya membuat penampilan bersama pasukan Perancis. Dia telah melakukan hampir 80 penampilan bersama pasukan Rennes. Namun, pada musim ini, Camavinga tidak berada dalam kesebelasan utama Rennes untuk 2 perlawanan berturut-turut tetapi berada di bangku simpanan. Dia telah menerima kritikan daripada pengurusnya sendiri disebabkan kegagalannya menandatangai kontrak baru bersama pasukan tersebut.

‘Saya merasakan fikirannya bercelaru pada ketika ini. Dia pasti tidak akan boleh bermain dengan baik untuk kami. Soal perpindahan, gaji dan kelab mana yang harus dia sertai akan menyukarkan keadaan ini. Apabila otak anda gagal berfungsi dengan baik, maka kaki anda juga tidak mampu melakukannya.’

United pasti mencari-cari pemain tengah yang baru disebabkan keputusan pada malam semalam. Nemanja Matic telah pamerkan aksi yang tidak bagus pada perlawanan tersebut. Kehadiran Camavinga pasti akan memberi tenaga dan semangat kepada pasukan United terutama di barisan tengah United untuk jangka masa panjang.

- Advertisement -