Rekod Tanpa Kalah Di Tempat Lawan Perlu Dikekalkan

0

Kekalahan Manchester United di tangan Queens Park Rangers (QPR) dalam perlawanan pra-musim di Loftus Road memberikan pengajaran kepada para pemain.

United ditundukkan dengan jaringan 4-2 dengan 3 jaringan pantas dilakukan QPR dalam tempoh masa 10 minit. 3 jaringan tersebut dihasilkan pada minit ke-52, 58 dan 59.

Selepas terjadinya jaringan kedua QPR, suasana stadium mennari hingar-bingar dengan sorakan penyokong tuan rumah. Pada musim lepas, suasana stadium sunyi-sepi disebabkan penularan virus Covid-19.

Dengan keadaan sunyi, United telah membiasakan diri tanpa kehadiran penyokong lawan dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan sepanjang musim 2020/2021. United hanya kalah di Old Trafford sahaja pada musim lepas.

United memerlukan 3 perlawanan sahaja lagi untuk memecahkan rekod yang ada ketika ini. Para pemain perlu memastikan rekod ini berjaya diatasi.

Perlawanan dengan QPR ini perlu dijadikan iktibar supaya kekalahan seperti ini perlu dielakkan dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Bolos sebanyak 3 jaringan dalam tempoh masa 10 minit tidak pernah terjadi pada musim lepas.

Selepas QPR menjaringkan gol kedua, stadium terus bergema dengan sorakan penyokong lawan. Hal ini menyebabkan para pemain United hilang fokus dan juga sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Para pemain perlu segera memastikan yang mereka boleh beraksi di bawah tekanan para penyokong lawan. United akan beraksi di tempat lawan menentang Southampton dan Wolverhampton Wanderers pada bulan Ogos seterusnya West Ham United dan Leicester City pada September dan Oktober 2021.

Dalam perkembangan yang lain, prestasi United di Old Trafford semakin baik pada musim 2020/2021. United hanya menang sebanyak 9 dari 19 perlawanan di Old Trafford pada musim 2019/2020.

Perkara ini amat membimbangkan kerana jurang pungutan mata pasukan tempat pertama dan kedua begitu jauh.

Kehadiran penyokong tegar United amat diperlukan seperti mana penyokong QPR memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Sorakan penyokong memberikan semangat kepada para pemain untuk beraksi dengan semangat juang yang tinggi.

United perlu mengekalkan dari keciciran mata di tempat sendiri pada musim akan datang. Kekalahan perlu dielakkan sama sekali.

Cabaran yang getir ialah perlu mendapatkan mata maksimum di tempat sendiri supaya memontum itu dapat diteruskan di tempat lawan.

- Advertisement -