Rekod menyedihkan AS Roma, peluang United tambah derita

Penyerang AS Roma, Edin Dzeko menekankan bahawa pasukannya sama sekali tidak takut menghadapi Manchester United di separuh akhir Liga Europa.

0

AS Roma mempunyai rekod yang menyedihkan ketika bertemu Manchester United. Dalam lima pertemuan, AS Roma tewas 4 kali, 1 kemenangan, 1 seri.

“Kami kini berada di peringkat semi final dan kami harus terus memberikan persembahan yang terbaik, kerana anda tahu anda tidak akan bermain perlawanan seperti ini setiap hari,” kata Dzeko kepada Roma TV.

AS Roma layak ke separuh akhir Liga Europa setelah menewaskan Ajax 3-2 secara agregat di peringkat suku akhir. Sementara itu, Manchester United lebih meyakinkan. Skuad Ole Gunnar Solskjaer mara ke separuh akhir setelah menewaskan Granada 4-0.

“Kita harus menyedari kemampuan kita, pertama dan paling utama. Kami tahu Manchester United adalah pasukan yang kuat dan mereka adalah pasukan pilihan dalam dua perlawanan ini, tetapi hakikatnya kami telah berjaya ke separuh akhir dan akan memberikan saingan serta percaya pada diri sendiri.

“AS Roma mempunyai banyak kualiti sebagai satu kumpulan dan kami harus bermain sebagai satu pasukan. Sekiranya kita melakukannya, maka tidak ada yang mustahil, “katanya.

  1. 4 April 2007 – AS Roma Vs Manchester United 2-1 (Liga Champions),
  2. 10 April 2007 – Manchester United Vs AS Roma 7-1 (Liga Champions),
  3. 2 Oktober 2007 – Manchester United Vs AS Roma 1-0 (Liga Champions),
  4. 12 Desember 2007 – AS Roma Vs Manchester United 1-1 (Liga Champions),
  5. 1 April 2008 – AS Roma Vs Manchester United 0-2 (Liga Champions),
  6. 9 April 2008 – Manchester United Vs AS Roma 1-0 (Liga Champions)

- Advertisement -