Rekod disiplin Varane di atas padang amat hebat

0

Manchester United telah menandatangi seorang pemain pertahanan yang hebat dan padu.

Varane dijangka secara rasmi akan melengkapkan perpindahan ke United beberapa hari lagi. United dapat memberli Varane dengan nilai yang cukup berbaloi.

Apabila kita bercakap mengenai pemain pertahanan, ada beberapa corak permainan yang dimainkan oleh seseorang pemain itu.

Adakah dia akan bermain seperti gaya pertahanan Matic atau Pepe? Ada pemain mempunyai kepantasan dan berhati-hati jika ingin membuat ‘tackle’ seperti Rio Ferdinand. Rio sentiasa membaca permainan dengan baik di samping mempunyai kebolehan yang bagus dari segi kekuaran fizikal dan bola di udara. Varane adalah seorang pemain seperti Rio.

Varane tidak banyak menjaringkan gol. Dia mencatatkan hanya 17 gol ketika bersama Real. Namun jumlah layangan kad ysng diterima Varane adalah kecil. Dalam 360 perlawanan, Varane hanya mengutip 24 kad kuning dengan 2 kad merah dengan 2.4 kad kuning untuk 1 musim.

Jika dibandingkan dengan Pepe yang telah mencatatkan 79 kad kuning dalam 334 perlawanan. 8 kad kuning Varane hadir dari 83 perlawanan Piala Juara-Juara Eropah. Ia merupakan rekod yang bagus.

Varane adalah seorang pemain yang tidak suka mencederakan pemain lawan. Dia sentiasa ingin bermain bersih. Namum salah satu kad merah tersebut tidak adil kerana sikunya terkena pemain lawan semasa perebutan bola diudara. Walaupun dia hormat dengan keputusan pengadil namun dia merasakan keputusan tersebut tidak adil.

Dalam kariernya bersama Perancis, Varane mencatatkan 3 kad kuning untuk 79 perlawnan. Sekali lagi rekod tersebut amat hebat. Dia pernah menerima 1 kad merah ketika Perancis menentang England dimana itu adalah perlawanan pertama penggunaan VAR bagi perlawanan England.

Varane tidak pernah mencatatkan lebih dari 3 kad kuning pada setiap musim. Namun pada musim lepas dia telah mencatatkan lebih dari 4 kad kuning untuk Real Madrid. Perkara ini berlaku kerana keadaan gandingannya Sergio Ramos yang kerap mengalami kecederaan. Oleh yang demikian dia kurang berjaya mempamerkan aksi konsisten bersama rakan barunya di bahagian pertahanan.

Varnane pernah tidak mencatatkan sebarang kad kuning untuk 38 perlawnanan. Jumlah tersebut lengkap untuk 1 musim Liga Perdana Inggeris.

Jika kita lihat pasukan United. Pemain yang mempunyai rekod yang lebih kurang sama dengan Varane adalah Rio Ferdinand. Rio hanya menerima 34 kad kuning dalam 445 perlawanan. Maguire pula mencatatkan 24 kad kuning bagi 2 musim bersama United.

Namun cara permainan Maguire berbeza dengan cara permainan Rio atau Varane. Namun gabungan tersebut akan melengkapi di antara 1 sama kain seperti Rio dan Vidic. Vidic telah menerima 59 kad kuning dan 8 kad merah untuk 300 perlawanan untuk United.

- Advertisement -