Reece Devine pamer aksi baik untuk pernampilan pertama di St Johnstone

0

Pemain pertahanan muda United Reece Devine telah membuat permulaan positif ketika dipinjamkan ke pasukan liga Scotland iaitu St Johnstone.

Selepas perbincangan secara pinjaman di persetujui pada awal bulan Julai ini, Devine telah menjadi antara watak utama dalam pasukan tersebut dalam beberapa siri perlawanan persahabatan mereka.

Pada sabtu lepas, dia telah membuat penampilan pertamanya dalam Liga Scotland.

Devine telah bermain di pertahanan kiri St Johnstone ketika mereka bermain pada formasi 3-5-2 yang membawa mereka berada di kedudukan ke-5 pada musim lepas. Ia merupakan pencapaian terbaik pasukan tersebut dalam saingan Liga Scotland.

Devine hampir mendapat kejayan pertama bersama pasukanya itu, namun penyerang mereka gagal menyempurnakan sepakan penalti yang mereka perolehi. Sepakan tersebut melabung tinggi. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan jaringan 0-0. Barisan pertahanan pasukanya itu berjaya memperolehi ‘cleen sheet’. Dia merupakan pemain yang banyak melakukan ‘clearance’ dengan 4 secara keseluruhannya.

Dia juga telah melakukan 3 ‘interceptions’, 1 ‘tackle’ dan memenangi 2 ‘arieal duels’. Dia telah melakukan 70 sentuhan secara keseluruhan di dalam perlawanan. Pemain muda United ini berusia 19 tahun dan ia merupakan perlawanan pertamanya dalam pertandingan di peringkat ‘competitive’. Dia harus berbangga dengan perkembangan kariernya ini.

- Advertisement -