‘Real Sociedad bukan lawan yang mudah’ kata Fred

0 4

Pemain tengah utama United, Fred mengingatkan rakan-rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah lawan mereka pada perlawanan awal pagi ini. Fred mahu para pemain United turun memberikan persembahan yang terbaik serta mencapai kemenangan yang selesa.

Seperti yang kita sedia maklum, United kini bermain dalam kejohanan Piala Europa untuk 32 pasukan pasukan terbaik. United gagal layak ke pusingan 16 terbaik dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah selepas hanya mampu berada di tempat ketiga peringkat kumpulan H. Walaupun bermain di Piala Europa, United tidak boleh memandang mudah saingan pasukan yang ada di kejohanan ini.

Fred yakin, pasukan daripada Sepanyol itu akan memberikan saingan yang sengit pada perlawanan tersebut. ‘Perlawanan pada awal pagi ini akan menjadi pertembungan yang menarik di antara 2 pasukan.’ kata Fred di ‘United Review’. Fred yakin pasukan United mempu menghadapi cabaran Real Sociedad. United mempunyai segala kualiti yang membolehkan United mampu menewaskan pasukan dari Sepanyol itu.

‘Kami tahu Real Sociedad sedang berada diprestasi terbaik pada saingan La Liga musim ini. Mereka pasti bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam kejohanan ini. Tetapi kami akan memastikan kami akan dapatkan kemenangan pada perlawanan itu.’

Fred dalam masa sama ada memberitahu yang United akan serius dalam Piala Europa pada musim ini. Mereka hampir berjaya pada musim lepas tetapi tersingkir di peringkat separuh akhir kepada Sevilla.’Kami ingin memenangi kejohanan Piala Europa pada musim ini. Kami akan memberikan persembahan terbaik pada edisi kali ini sehingga kami berjaya merangkul trofi Piala Europa musim ini.’