Berita Terkini

Real Madrid tawar 30 juta dan seorang pemain untuk dapatkan Bruno Fernandes

A87FAFDC-D505-4C2A-8384-F1BF7A8A5866

Pemain datang dan pergi itu perkara biasa bagi sesebuah kelab. Ianya akan berlaku untuk pemain lebih-lebih lagi jika dalam prestasi yang baik. Kelab-kelab besar elit lain sering memerhatikan situasi setiap pemain..

Untuk Man United, pemergian bintang Ronaldo sudah pasti pada January ini. Dan kelab bersedia mencari seorang pemain serangan baru.

Namun apa yang menjadi khabar angin disini ialah pemain tengah perancang Bruno Fernandes.

Menurut laporan El Nacional, Real Madrid dikatakan bersedia menawarkan €30 juta dan pemain pertahanan kiri berusia 27 tahun Ferland Mendy dalam usaha mendapatkan Bruno Fernandes dari Manchester United.

Fernandes telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik Manchester United sejak kebelakangan ini. Sejak ketibaannya pada 2020, Fernandes telah menjaringkan 53 gol dan memberikan 42 assist dalam 146 perlawanan untuk Red Devils.

Bagaimanapun, laporan yang dinyatakan di atas menyatakan bahawa Florentino Perez telah m menyasarkan pemain itu pada 2020 ketika Zinedine Zidane mash menerajui Los Blancos.

Pengurus Perancis itu percaya bahawa bintang Sporting Lisbon ketika itu Fernandes tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk berjaya di Santiago Bernabeu.

Dia agak taksub dengan idea untuk mendapatkan Paul Pogba dari Manchester United.

Fernandes sudah pasti membuktikan kualitinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia sejak berpindah ke Old Trafford.

Perez sedang berusaha untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya dan ingin menawarkan Mendy bersama wang tuna untuk menandatangani tandatangan pemain Portugis itu.

Sumber : Sportskeeda

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar