Real Madrid tak mahu pertukaran Pogba – Varane

0

Sejak bermulanya cuti musim panas, khabar angin kuat mengatakan Manchester United ingin memburu bintang pertahanan Real Madrid, Raphael Varane.

Manakala di Manchester United, Paul Pogba mempunyai baki kontrak setahun sahaja lagi dengan United. Pogba juga ada menyatakan yang dia minat untuk bermain bersama Real Madrid kerana ia merupakan impiannya sejak dulu lagi.

Akhbar Sepanyol melaporkan pada sebelum ini bahawa ada kemungkinan untuk berlakunya pertukaran pemain Paul Pogba dan Raphael Varane, namun ia tidak mungkin berlaku.

Mengapa Real Madrid Tidak Mahu Pertukaran Ini?

Ada 2 sebab dalam permasalahan ini. Yang pertama, Real Madrid mempunyai tiga orang pemain tengah yang berkualiti dan berpengalaman seperti Toni Kroos, Luka Modric dan Casemiro. Mereka juga mempunyai pemain tengah muda yang berkualiti seperti Federico Valverde.

Target utama mereka musim ini adalah pemain bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe. Rela Madrid juga dalam proses penjimatan. Mereka juga telah menamatkan hubungan 16 tahun dengan Sergio Ramos kerana tidak mahu membayar gaji Ramos yang tinggi.

Adalah Pertukaran Ini Menguntungkan United?

Perkara ini bergantung kepada Paul Pogba. Sekiranya dia tidak mahu menyambung kontraknya, United hatus mencari alternatif supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

Pertukaran Ini amat menguntungkan United kerana pemain posisi pertahanan memang diperlukan untuk mencari gandingan baru kepada Harry Maguire. Mahu tidak mahu, United perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis ini.

Ada laporan mengatakan United tidak mahu mengeluarkan modal melebihi £32 juta untuk mendapatkan Varane kerana pemain itu mempunyai baki setahun sahaja lagi kontrak bersama Real Madrid.

- Advertisement -