Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

“Real Madrid tak ingin pon Pogba”

Beberapa info menarik datang dari Real Madrid. Juara La Liga itu dilaporkan tidak berminat untuk menandatangani Paul Pogba meskipun sebelum ini pemain itu telah membuat satu kenyataan dengan mengatakan Real Madrid merupakan kelab impiannya.

Dalam dua tahun terakhir, terdapat khabar angin yang meluas bahawa Real Madrid berminat dengan Pogba.Pemain tengah itu dilaporkan adalah antara pemain ideal Zinedine Zidane dalam skuad El Real.

Meskipun begitu AS mendedahkan bahawa harapan Pogba untuk bermain bersama kelab itu ibarat bertepuk sebelah tangan setelah Real Madrid dikatakan tidak berminat  tidak berminat untuk mendapatkan Pogba.

Menurut laporan itu, Real Madrid tidak merancang untuk menandatangani Pogba dalam masa terdekat.

Los Blancos dilaporkan mempunyai sasaran perpindahan lain. Mereka mempunyai cita-cita untuk mendapatkan Kylian Mbappe dari PSG.

Menurut laporan yang sama, Real Madrid tidak berminat untuk menandatangani Pogba kerana tuntutannya untuk gaji yang tinggi.Pogba dilaporkan mahu bayaran 15 juta euro setiap musim. Bagi Real Madrid nilai gaji itu terlalu tinggi.

Itulah sebabnya Real Madrid tidak merancang untuk menandatangani pemain tengah itu dalam masa terdekat.

Kontrak Pogba di MU akan tamat pada musim panas 2021.Meskipun begitu,The Red Devils mempunyai pilihan untuk menlanjutkan khidmat pemain tengah itu sehingga 2022 dengan klausa perpanjangan kontrak automatik.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd