Buletin Manchester United

Real-Madrid-bersedia-melepaskan-Raphael-Varane-dengan-nilai-£61-juta

Real Madrid bersedia melepaskan Raphael Varane dengan nilai £61 juta

Dilaporkan Real Madrid bersedia untuk melepaskan Raphael Varane kepada Manchester United pada penghujung musim ini untuk membantu pasukan itu, mendapatkan dana tambahan. Real Madrid berhasrat untuk mendapatkan Kylian Mbappe dengan nilai £174 juta pada hujung musim ini.

Varane yang berbaki 18 bulan kontrak bersama Real Madrid dikatakan mendapat pelepasan untuk meninggalkan kelab pada hujung musim ini jika dia tidak bersetuju dengan tawaran kontrak yang ditawarkan oleh pihak pengurusan kelab.

Menurut akhbar Manchester Evening News, Juara Sepanyol itu, masih lagi percaya yang Varane akan menerima tawaran kontrak tersebut. Walau bagaimanapun, jika perkara tersebut tidak berlaku maka Real Madrid akan melepaskan Varane dengan harga sekitar £61 juta pada hujung musim ini. Real tidak sanggup untuk menyimpan lama khidmat Varane kerana ada kemungkinan Varane akan meninggalkan Real dalam keadaan percuma.

Selain itu, ada juga laporan menyatakan, Varane kurang senang hati dengan gaji baharu yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Jurang perbezaan yang terlalu ketara di antara para pemain di sana. Dengan kemelut yang berlaku ini, United berpeluang untuk mendapatkan khidmat Varane yang menjadi idola United sejak kemenangan Piala Dunia oleh pasukan Perancis.

Tambahan pula, Real Madrid kini dalam proses mengumpul dana untuk mendapatkan penyerang berbisa PSG Kylian Mbappe. Harga Mbappe pada ketika ini mencecah sekitar £180 juta. Real Madrid perlu melepaskan beberapa pemain mereka bagi menampung dana tersebut. Disebabkan krisis pendamik Covid19 ini, banyak pasukan sukar memastikan tahap kewangan pasukan mereka berada dalam keadaan terbaik. Oleh yang demikian, Real Madrid bersedia mengambil risiko untuk menjual Varane pada hujung musim ini.

Namun United tidak keseorangan dalam memasang impian untuk mendapatkan khidmat Varane. Pasukan seperti PSG, Chelsea dan Juventus juga bersedia untuk bersaing mendapatkan pemain tersebut. Varane pernah dipalit dengan isu perpindahan sebelum ini pada tahun 2017 tetapi sejak kehadiran semula Zidane sebagai pengurus, tempat Varane di Real Madrid dikatakan kembali seperti biasa.

Nilai Varane pada sebelum ini mencecah £100 juta selepas kejayaan dia menjulang Piala Dunia bersama Perancis. United seharusnya serius untuk mendapatkan khidmat Varane pada hujung  musim ini. United dikatakan sedang bergelut untuk mencari pasangan utama yang mampu membentuk benteng tembok kebal bagi pertahanan United.