Real Madrid beri lampu hijau untuk Varane berunding dengan United

0

Real Madrid dilaporkan telah membenarkan Raphael Varane mengadakan perbincangan dengan Manchester United.

Laporan dari Marca mendedahkan bahawa Real Madrid telah memberikan lampu hijau kepada ejen Varane untuk mengadakan perbincangan dengan Manchester United mengenai perpindahan musim panas ini.

Los Blancos dikatakan telah berusaha untuk menawarkan kontrak baru kepada pertahanan Perancis itu untuk memperpanjang masa baktinya di kelab.

Bagaimanapun, rundingan perpanjangan kontrak telah gagal dan oleh disebabkan itu kelab gergasi Sepanyol itu terpaksa memberi restu kepada Varane untuk membincangkan perpindahannya dari kelab itu setelah memasuki tahun terakhir kontraknya.

Meskipun begitu Real Madrid tentu saja tidak mahu melepaskan pemain ini secara percuma dan mereka lebih suka menjual pemain berusia 28 tahun itu daripada membiarkannya pergi secara percuma pada musim panas depan dan disebabkan itu mereka telah memberitahu ejen pemain itu untuk segera berunding dengan Manchester United.

Mengenai  harga, Real Madrid juga dilaporkan bersedia menerima tawaran sekitar £43 juta pound yang pada awalnya bernilai sekitar £60 juta. Manchester United memiliki agenda untuk membeli bek tengah baru musim panas ini.Ole Gunnar Solskjaer mahukan pemain pertahanan baru yang dapat bergandingan dengan Harry Maguire pada musim baru ini.

Namun, tidak mudah untuk mendapatkan pemain ini kerana Real Madrid dilaporkan mahukan bayaran yang sangat besar untuk Varane selepas melihat United menghabiskan wang  sebanyak £73 juta pound untuk membawa bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

- Advertisement -