Reaksi Ruben Neves terhadap Bruno Fernandes dan United

0

Ruben Neves merupakan salah seorang pemain tengah yang dikehendaki oleh peminat United pada ketika ini.

Neves telah diperhatikan oleh sebilngan peminat United sebagai pemain yan gserba lengkap untuk bahagian tengah pertahanan. Dia mempunyai kualiti ketika bertahan yang baik serta mempunyai keupayaan membuat hantaran jauh yang sangat baik. Wolves sedia melepaskan pemain ini untuk jendela perpindahan musim ini.

Tawaran 35 juta pound berkemungkinan akan dipersetujui oleh Wolves. United dilihat menjadi calon pasukan utama dalam perebutan pemain ini.

Sebelum ini, Neves pernah memberikan pandangan mengenai United dan Bruno Fernandes secara jelas. Dia pernah bercakap selepas perlawanan Wolves dengan Man Utd. Pertemuan itu merupakan perlawanan penampilan pertama Bruno di Old Trafford.

‘Ia merupakan satu perkara yang bagus untuk saya apabila bermain menentang rakan sepasukan negara saya. Saya tahu mengenai permainan dia dan saya gembira dengan prestasi semasanya. Dia sedang berada di sebuah kelab yang hebat dalam liga terbaik ini.’

‘Dia boleh tunjukkan kepada semua orang apa yang dia boleh lakukan. Dia merupakan pemain yang sangat bagus. Saya sangat gembira untuk dia.’

Mereka berdua telah bersembang selepas tamat perlawanan 0-0 pada Februari 2020 yang lepas.

Komen Neves tersebut adalah benar. Bruno telah berjaya menjaringkan 40 gol sejak dia menyertai United pada Januari 2020. Pada musim lepas dia telah melakukan 18 ‘assist’ dan 28 jaringan gol. Dengan kejayaan tersebut, dia pasti begktu semangat untuk menghadapi saingan liga pada musim 21/22 ini.

Neves dan Bruno bermain bersama ketika mewakili Portugal dalam kejohanan EUFA Nation League pada tahun 2019. Mereka juga tersenarai dalam pemain yang bermain untuk Euro 2020 baru-baru ini.

Brunoheader

Ada laporan memberitahu yang Bruno telah memberikan pandangan untuk pasukan United mendapatkan Neves. Baru-baru ini, Fernandes telah menukar ‘cover photo’ laman Twitternya dengan gambar di mana ada gambar Neves dalam gambar tersebut. Adakah ini satu petanda?

Ruben Neves telah menjaringkan gol cantik dalam perlawanan persahabatan Wolves baru-baru ini.

- Advertisement -