Reaksi Rennes mengenai Eduardo Camavinga

0

Kelab Perancis Rennes telah memberi respon mengenai hajat kelab-kelab di luar sana dalam usaha mendapatkan pemain mereka, Eduardo Camavinga. Mereka bersedia untuk menjual pemain tersebut pada musim baru ini.

The Mail ada melaporkan United sedang membuat persediaan untuk membuat tawaran membawa masuk pemain tengah muda tersebut.

Pengarah sukan Rennes, Florian Maurice telah memberitahu tiada tawaran yang mereka terima pada ketika ini untuk pemain berusia 18 tahun itu.

Maurice berkata,”Sejujurnya, sukar untuk kami memberi maklum balas mengenai perpindahan Eduardo Camavinga kerana kami masih belum menerima sebarang tawaran yang rasmi dari mana-mana kelab.”

Camavinga masih mempunyai 1 tahun baki kontrak. Rennes memang dalam perancangan untuk memperbaharui kontrak pemain muda tersebut, hampir setahun perbincangan telah dilakukan, namun masih belum ada penyelesaian daripada kedua-dua pihak.

Maurice yakin Camavinga tidak akan meninggalkan kelab mereka dengan status ejen bebas. Ini bermakna, mereka perlu memastikan Camavinga akan menandatangai kontrak baru tersebut pada musim ini juga atau dia perlu di jual pada dalam tempoh sebelum tahun 2022.

Maurice berkata,”Minggu ini latihan pra-musim akan bermula, kami akan menyegerakan perbincangan dengan pemain tersebut dan cuba memahami apa yang dia mahu dan dia perlukan.”

“Saya masih lagi tenang di sini kerana pemain tersebut masih lagi pemain kami pada masa ini. Apa yang saya nampak pada ketika ini, kelab-kelab ternama sedang mengatur langkah untuk mendapatkan pemain kami ini. Kami harus tunggu. Saya dapat rasakan Eduardo tidak akan meninggalkan Rennes dalam keadaan percuma. Oleh yang demikian, kami akan berusaha untuk menyelesaikan perkara ini sebelum hujun tahun ini.”

United perlu mengambil peluang ini untuk meyakinkan Camavinga kerana perpindahan ke United pasti akan menjadi titik bermakna karier pemain muda ini. Bayangan Pogba ‘junior’?

Jika Camavinga bersetuju untuk menandatangi kontrak baru bersama Rennes, maka Rennes mempunyai peluang untuk menaikkan harga Camavinga dengan nilai perpindahan yang tinggi.

Pada waktu ini, Camavinga mempunyai keputusan yang penting perlu dilakukan. Dia boleh menentukan masa depannya sama ada untuk kekal bersama kelab Rennes atau berhijrah ke United.

- Advertisement -