Reaksi Rashford dan Sancho disamping reaksi mencuit hati dari Bruno

0

Manchester telah mengemparkan jendela perpindahan pada musim ini dengan melengkapkan perpindahan menandatangani bekas pemain United sendiri Cristiano Ronaldo. Walaupun ada pada satu ketika Man City hampir menjadi destinasi yang sebenar C.Ronaldo, namun United telah menyailang Man City pada akhir waktu.

Salah seorang pengulas terkenal rancangan bola sepak, Gary Lineker telah memberikan reaksi ‘Wow’

Siapakah yang menjadi pemain pertama menyambut kehadiran semula C.Ronaldo ke United? Jadon Sancho telah muat naik di media sosialnya poster kepulangan C.Ronaldo dengan ‘caption’ detik yang sangat mendebarkan.

Rakan sepasukannya yang baru pulih dari kecederaan iaitu Marcus Rashford sangat terpegun dan terpesona dengan berita kepulangan C.Ronaldo ini.

Namun yang paling mencuit hati admin adalah Bruno Fernandes. Ejen Bruno telah melakukan tugasan yang sangat baik untuk membawa masuk C.Ronaldo ke Old Trafford. Bruno Fernandes dikatakan telah berhubung dengan C.Ronaldo pada sebelum ini, berkemungkinan dia telah memujuk C.Ronaldo untuk kembali ke Old Trafford.

Berita perpindahan ini telah mengakibatkan peminat-peminat United begitu gembira dan teruja dengan kepulangan C.Ronaldo. C.Ronaldo pasti akan mengakhiri kariernya di Old Trafford. DIa pasti akan membantu United mengembalikan zaman kegemilangan United walaupun untuk jangka masa yang pendek ini. Ayuh United!!!

- Advertisement -