Reaksi Rashford dan lagenda Brazil Rivaldo mengenai rekod Cristiano Ronaldo

0

C.Ronaldo telah memecahkan rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa semalam. Dia telah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan menentang Ireland sekaligus memintas rekod yang dipegang oleh lagenda Iran Ali Daei. C.Ronaldo kini telah menjaringkan 111 gol dan berkemungkinan bertambah pada masa akan datang.

Laman Instagram C.Ronaldo telah menerima 7 juta ‘likes’ dalam tempoh 24 jam dan hampir 18 juta orang telah menonton video yang dimuat naik oleh C.Ronaldo itu. Rekod yang dilakukan oleh C.Ronaldo ini merupakan pencapaian terbaiknya di peringkat antarabangsa. Bekas pemain Sporting Lisbon, Real Madrid, Juventus dan kini United ini pasti bangga kerana memecahkan rekod berkenaan ketika mana dia adalah pemain United.

Pencapaian terbaiknya ini telah menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan barunya Marcus Rashford dan lagenda Brazil, Rivaldo.
Screenshot_20210902-132711_Instagram-1024x252

Screenshot_20210902-162118_Instagram-1024x291

C.Ronaldo dijangka akan terus kembali ke United selepas tidak terlibat untuk 2 perlawnan seterusnya bersama pasukan Portugal. Namun rakan sepasukannya Bruno Fernandes akan terus bermasa pasukan Portugal untuk perlawanan tersebut.

- Advertisement -