Reaksi rakan sepasukan apabila Donny van de Beek memakai lilitan ‘armband’

0

Donny van de Beek telah memakai lilitan ‘armband’ ketua pasukan United pada 15 minit terakhir ketika perlawanan persahabatan United menentang Brentford.

Kebanyakan peminat United gembira melihat pemain antarabangsa Belanda itu kembali bermain selepas berhadapan musim pertama yang sukar di United.

Pemain-pemain United juga tumpang gembira dengan perkara tersebut.

Yang mencuri tumpuan adalah lilitan ‘armband’ yang dipakai Donny adalah terbalik tulisan kaptennya.

Ketua pasukan United, Harry Maguire telah memberitahunya Donny supaya memulangkan lilitan tersebut kembali kepadanyadalam keadaan baik.

Reaksi rakan sepasukan apabila Donny van de Beek

Manakala, Juan Mata juga telah membalas komen Donny di media sosial, ‘Baik kapten’. Nemanja Matic merupakan ketua pasukan United dalam perlawanan tersebut.

Donny juga sudah kembali dengan bentuk badan fizikal yang lebih tegap jika dibandingkan dengan musim lepas. Perubahan ini memberi petanda positif yang dia akan kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama United pada musim ini. Selamat maju jaya Donny.

- Advertisement -