Reaksi Peter Schmeichel dan Bruno terhadap kecemerlangan David de Gea

0

Penjaga gol Manchester United, David de Gea telah mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan malam tadi. De Gea sudah kembali !!!. United telah mencatatkan kemenangan tipis 1-0. De Gea telah menyelamatkan 2 peluang gol daripada Romain Saiss dengan sangat cemerlang. Pertama menerusi tandukan dan kali kedua menerusi tendangan jarak dekat. Tindakan pantas reflek De Gea harus di puji kerana situasi tersebut seharusnya boleh kita katakan sepatutnya gol untuk pasukan Wolves.

Aksi ‘double save’ De Gea.

Jaringan tunggal United hadir menerusi Mason Greenwood. Greenwood telah menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan pertama United dan ini merupakan pencapaian yang bagus untuk anak muda ini.

De Gea telah menerima ucapan tahniah daripada bekas penjaga gol bintang United, Peter Schmeichel. Peter Schmeichel telah menyifatkan aksi De Gea tersebut merupakan aksi penyelamat terbaik pada musim ini.

Ucapan Peter Schmeichel di laman Twitternya.

Pada minggu lepas, De Gea telah menyelamatkan United daripada ditewaskan selepas dia berjaya menepis percubaan Adam Armstrong daripada menerjah jaring. Untuk 3 perlawanan ini, De Gea hanya bolos 1 kali itu pun menerusi sepakan bebas daripada pemain Leeds yang terkena pada pemain United sendiri.

Bruno tidak ketinggalan memuji persembahan yang dipamerkan De Gea.

Dea telah berkata,’Yang sebenarnya, ia berlaku dengan pantas sekali. Saya tidak mempunyai masa untuk berfikir. Saya menyelamatkan tandukan pertama dan saya nampak dia sekali lagi menghampiri bola tersebut dan saya merebahkan badan saya untuk menyelamatkan bola tersebut untuk kali kedua. Ia merupakan detik yang penting dalam perlawanan kerana jika tidak kami akan ketinggalan dan perlu berusaha menjaringkan gol penyamaan.’

‘Saya akan berikan 100 peratus persembahan terbaik untuk setiap perlawanan untuk pasukan United dan hari ini adalah di antara harinya.’ Dia telah menjadi pemain terbaik perlawanan selepas aksi cemerlangnya pada perlawanan malam tadi.

- Advertisement -