Reaksi peminat mengenai persembahan Facundo Pellistri

0

Perlawanan persahabatan pra-musim merupakan tempat untuk mempamerkan kualiti yang anda ada. Peminat United telah menunggu lama untuk melihat sendiri persembahan Facundo Pellistri dalam pasukan utama United.

Peluang tersebut digunakan dengan barik oleh Pellistri pada perlawanan tersebut.

Pemain berusia 19 tahun ini merupakan salah seorang daripada 9 pemain yang dimasukkan pada permainan di separuh masa kedua untuk perlawanan menentang Derby County.

Pellistri telah menjaringkan gol kedua United selepas menggelecek penjaga gol pasukan lawan selepas mendapat hantaran cantik dari Shola Shoretire.

Pemain sayap kanan United ini dilihat begitu berbahaya sepanjang 45 minit perlawanan setiap kali dia mendapat bola di kawasan Derby.

United kerap mendapat sepakan percuma apabila Pellistri mendapat bola. Ia telah membuktikan dia adalah seorang pemain yang sukar untuk dikawal. Dia dilihat begitu semangat dan bersedia.

Walau bagaimanapun, dia ada membuat hantaran yang kurang kemas sekaligus membolehkan pasukan bimbingan Wayne Rooney melakukan serangan balas yang berbahaya dan hampir-hampir menyamakan kedudukan. Perkara sebegitu boleh dipelajari oleh Pellistri.

Namun, perkara yang positif lebih menyerlah dan menutup perkara negatif bagi anak muda ini selepas berjaya menjaringkan gol dengan yakin dan tenang.

Pellestri berkemungkinan dipinjamkan satu lagi musim lagi untuk memberikan lagi dia minit permainan yang lebih kerap. Gol yang telah dijaringkannya itu pasti akan memberikan satu impak yang cerah bagi kariernya pada musim ini. Dia telah membuktikan yang dia bersedia untuk bersaing merebut tempat dalam pasukan utama United.

Peminat-peminat United pada sebelum ini tidak berkesempatan untuk melihat aksi Pellestri bersama pasukan utama kerana dia kerap diturunkan bersama pasukan bawah 23 tahun United sebelum dipinjamkan ke Alaves.

Mari kita lihat reaksi peminat mengenai persembahan Pellistri untuk 45 di separuh masa kedua.

- Advertisement -