Berita Terkini

Reaksi peminat mengenai ‘clearance’ Wan Bissaka

Reaksi-peminat-mengenai-'clearance'-Wan-Bissaka

Manchester United harus menarik nafas panjang selepas beberapa percubaan Wolves yang kita boleh katakan sebagai gol, tidak dapat diterjemahkan kepada gol. Namun United sangat bernasib baik kerana Greenwood berjaya menjaringkan gol kemenangan selepas melakukan ‘stepover ala Ronaldo Brazil’ dan melepaskan tendangan padu walaupun ade kuissan daripada penjaga gol yang cuba menyelamatkan gol tersebut.

Video gol jaringan Greenwood sekaligus gol ke-3 untuk 3 perlawanan.

Wolves beraksi dengan begitu baik di sepanjang perlawanan namun tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol. Pada awal separuh masa pertama, Wolves mendapat peluang menjaringkan gol menerusi pemain muda mereka yang dipinjam dari Barcelona, Trinacao. Namun Wan Bissaka melakukan ‘clearance’ sebelum melintasi garisan gol sekaligus menafikan gol pertama Wolves.

Video aksi yang diselamatkan oleh Wan-Bissaka

Itu merupakan satu kualiti bertahan yang sangat padu dipamerkan oleh Wan-Bissaka. Kredit dan pujian harus diberikan ke atas dirinya kerana peka dengan situasi berkenaan. De Gea telah pun ditewaskan namun dia telah menghulurkan kakinya bagi menyelamatkan gol tersebut. Jolokan nama ‘The Spider’ amat sesuai dengan kualiti yang dia ada sejak menyertai United. Dia kerap melakukan ‘tackle’ yang bersih serta menbuat hadangan kepada hantaran pihak lawan dengan menghulurkan kakinya.

Namun pada perlawanan tersebut, Bissaka sangat bekerja keras menghalang gerakan-gerakan yang dilakukan Adama Traore yang sentiasa menjadi ancaman kepada pasukan United. Dia sentiasa berada dalam kesebelasan utama United tanpa mampu dicabar oleh mana-mana pemain pertahanan kanan yang lain.

Di antaran reaksi peminat mengenai ‘clearance’ yang dilakukan Wan Bissaka.

Lain-Lain Artikel