Reaksi peminat dengan prestasi Pogba

0

Perlawanan Perancis menentang Jerman malam tadi menyaksikan pemain bintang United, Paul Pogba mempamerkan prestasi yang memukau. Dia sangat gembira dengan peranan ‘free role’ yang telah diberikan kepadanya sepanjang perlawanan tersebut.

Anda sebagai pengkritik tidak boleh memandang enteng permainan Pogba apabila beliau mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Pogba yang mengumpan bola yang cantik kepada Henandez sebelum beliau membuat hantaran lintang yang kemudian terkena pada kaki Matt Hummels yang menjaringkan gol sendiri.

Selain itu, Pogba juga terlibat dalam satu insiden apabila beliau dilihat telah digigit oleh Antonio Rudiger. Insiden ini sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk menampilkan persembahan yang lebih mantap. Pogba membantu Perancis menguasai bola dalam perlawanan tersebut.

Jika dibandingkan statistik individu bagi Pogba dan pemain pasukan lawan seperti Ikay Gundogan dan Toni Kroos. Pogba telah melakukan 3 larian solo melebihi pemain lain di atas padang. Dia juga telah berjaya melakukan 3 ‘dribbles’, memenangi 4 saingan bola di udara, 2 ‘tackles’ dan 3 ‘interception’ Ia sekaligus membukti kan dia bbukan sahaja membantu bahagian serangan tetapi kerang turun ke bawah untuk membantu bajgaian pertahanan.

Pogba juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas dibantu oleh N’golo Kante dan Adrien Rabiot di bahagian tengah.

Selepas perlawanan kumpulan F Malam tadi, Perancis dan Portugal berjaya mendapatkan 3 mata untuk mendahului tangga pertama dan kedua kumpulan. Mereka juga akan bertemu dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Reaksi Peminat

Para peminat begitu gembira melihat posisi yang diberikan Didier Deschamps kepada Pogba apabila persembahan yang begitu mengagumkan itu disajikan Pogba untuk tontonan satu dunia. Sementara, United pula masih tercari-cari posisi yang sesuai untuk Pogba.

- Advertisement -