Reaksi Paul Scholes mengenai persembahan Ronaldo

0

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 2 gol lewat ketika Portugal menewaskan Hungry tengah malam tadi.

Selepas terlepas beberapa peluang pada separuh masa pertama hasil hantaran ‘key passes’ Bruno Fernandes, Ronaldo tidak berputus asa dan berjaya memperolehi 2 gol dengan kemenangan 3-0.

Ronaldo menjaringkan gol ke-2 dan gol ke-3 untuk Portugal. Gol ke-3 nya sangat cantik selepas dia bermain 1 2 dengan rakan sepasukannya ekmudian mengeleck penjaga gol pasukan lawan lalu menyepak masuk gol tersebut.

Bekas pemain tengah United, Paul Scholes memuji persembahan rakan sepasukanya itu. Ronaldo dan Scholes telah memenangi 3 gelaran juara Liga Perdana Inggeris dan 1 Piala Juara-Juara Eropah pada 2008.

scholes

Scholes telah bersara pada tahun 2013 manakala Ronaldo masih lagi bermain pada ketika ini.

Ronaldo kini sedang mengejar rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Gol yang dijaringkannya semalam merupakan gol yang ke 105 dan 106 untuk Portugal.

Dia kini semakin menghampiri rekod penjaring gol terbanyak iaitu Ali Daei dengan 109 gol di peringkat antarabangsa.

Ada kemungkinan Ronaldo berpeluang untuk memintas rekod terssebut jika Portugal terus mara dalak kejohanan Euro 2020 ini.

11 daripada gol yang Ronaldo hasilkan merupakan gol di kejohanan Euro. Dia telah menyertai 5 kejohanan Euro dengan memegang rekod 11 gol dalam 5 kejohanan tersebut. ‘What a player’

- Advertisement -