Reaksi Paul Scholes mengenai perpindahan C.Ronaldo

0

Paul Scholes telah menyambut baik kepulangan lagenda no7 United, Cristiano Ronaldo. C.Ronaldo telah memenangi kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah sekali bersama United dan 4 kali bersama Real Madrid.

Scholes telah memberitahu yang C.Ronaldo sebenarnya sudah kehilangan taring sebenar sejak kebelakangan ini, namun Scholes berharap dia dapat menemui semula sentuhan apabila bersama United. C.Ronaldo perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pasukan perubatan United sebelum secara rasminya diumumkan oleh pihak United.

‘Stories’ di Instgram milik Scholes

C.Ronaldo sebenarnya menjadi seorang pemain yang lebih baik sejak meninggalkan pasukan United pada tahun 2009. Die merupakan seorang penyerang tengah sejak bermain untuk pasukan Real Madrid.

Namun C.Ronaldo tidak menunjukkan sebarang penurunan rekod jaringan gol walaupun pada usia 36 tahun. C.Ronaldo kini menyamai rekod penjaring terbanyak dalam peringkat antarabangsa iaitu Alli Daie dari pasukan Iran. Dia juga telah menjaringkan 101 gol bersama pasukan Juventus untuk 3 musim.

Scholes merasakan ini adalah waktu yang tepat bagi United untuk menjuarai trofi. C.Ronaldo boleh mengakhiri kariernya di United dengan kisah yang gembira.

- Advertisement -