Reaksi Paul Pogba dan De Gea mengenai kehadiran C.Ronaldo

0

C.Ronaldo telah kembali bersama United pada musim ini. Hampir kesemua pemain dan peminat begitu teruja mengenai perkara ini. Para pemain dapat merasai aura kehadiran penonton di tempat lawan sangat berlainan. Sorakan dan nayanyian ‘chant’ sentiasa kedengaran di sepanjang perlawanan pada malam tadi. Para pemain United sangat gembira dengan kehadiran pemain lagenda United itu walaupun majoriti pemain sedia ada tidak pernah bermain bersama C.Ronaldo pada sebelum ini di United.

Pemain antarabangsa Perancis, Paul Pogba sangat gembira dengan kehadiran C.Ronaldo buat kali kedua ke United. Pogba merupakan pemain akademik United selepas Ronaldo meninggalkan United pada tahun 2009 dah dia sangat teruja dengan kehadiran semula C.Ronaldo ke Old Trafford.

Pogba berkata,’Semua orang tahu apa yang dia boleh berikan kepada pasukan. Dia seorang pemain lagenda di United dan dia kini kembali bersama United untuk kali ke-2. Ia memberikan inspirasi dan semangat kepada kami semua di United.’

Rakaman video tentang respon Pogba mengenai C.Ronaldo

‘Dia akan mencurahkan segala pengalaman, kualiti dan membantu pasukan United ini ke tahap yang lebih baik. Kami akan menyambut kehadirannya. Apa yang paling penting untuk hari ini, kami berjaya mengutip 3 mata berharga. Kami perlu mentaliti kemenangan seperti ini pada setiap perlawanan. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

De gea juga tidak ketinggalan memberikan respon selepas menjadi pemain terbaik perlawanan pada malam tadi. Apabila bertanya mengenai C.Ronaldo, De Gea bertanya kembali,’Siapa? Ini merupakan mimpi yang menjadi realiti bagi kesemua peminat United. Untuk bersama dia pada musim ini sangat memberi sesuatu positif kepada pasukan, dan anda boleh merasainya sekarang. Dengan kehadirannya pasti ada sesuatu yang istimewa akan diberikan oleh dia dan membolehkan pasukan United akan bertambah baik. Sangat gembira untuk mendapatkan C.Ronaldo pada waktu ini.’

Rakaman video tentang respon De Gea mengenai C.Ronaldo (kurang asam betul haha)

C.Ronaldo di jangka akan bermain menentang Newcastle pada 11 September nanti di Old Trafford.

- Advertisement -