Reaksi para pemain mengenai kemenangan yang mendebarkan

0

Para pemain Manchester United sangat sibuk memuat naik gambar kegembiraan di atas kemenangan tipis mereka 1-0 ke atas Wolves. Jaringan Mason Greenwood memberikan kejayaan mereka membawa 3 mata berharga pada awal musim ini sebelum semua pasukan berehat untuk perlawanan antarabangsa.

Pemain-pemain bintang United ini meluahkan pelbagai reaksi di atas kejayaan tersebut. United kini mengutip 7 mata selepas 3 perlawanan. Ini merupakan permulaan yang terbaik untuk pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer selepas 3 tahun bersama United.

Bruno merupakan pemain yang jelas gembira dengan kejayaan mereka mengutip 3 mata penuh selepas gol dia pada separuh masa pertama di batalkan disebabkan ‘offside’.

Edinson Cavani juga tidak ketinggalan meraikan kejayaan tersebut. Dia dimasukkan selepas hampir 30 minit baki permainan sebagai pemain gantian. Kemasukan Cavani membolehkan Greenwood ditolak ke bahagian sayap kanan lalu berjaya menjaringkan gol kemenangan bagi United.

Pemain baru United, Raphael Varane juga gembira dengan permulaan positif bersama pasukan United dengan kejayaan mendapatkan ‘cleen sheet’.

Pemain bertahanan kanan United Wan Bissaka juga telah memainkan peranan penting dalam 90 minit permainan. Dia telah menyelamatkan peluang gol bagi pasukan Wolves pada babak pertama perlawanan. Dia mengakui ini perlawanan yang cukup sukar dan gembira dengan kejayaan 3 mata tersebut.

Pogba juga tidak ketinggalan, dia telah bermain di bahagian tengah dengan gandingannya Fred. Kekuatan fizikalnya amat diperlukan dalam perlawanan ini.

Kini pemain-pemain United akan diberi rehat dan kebanyakan daripada mereka ini akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa dengan pasukan negara masing-masing. Namun situasi yang melibatkan Cavani dan Fred masih belum jelas. Negera kedua-dua pemain ini masih berada di zon negara merah. Kata putus mengenai keputusan kuarantin bagi pemain ini masih menjadi tanda tanya.

Namun perkhabaran yang baik yang kita dapat tahu, di mana Solskjaer akan mengadakan perlawanan persahabatan tertutup. Ia bertujuan untuk memastikan para pemainnya yang tidak menyertai pasukan kebangsaan berpeluang mengekalkan kecergasan mereka selama tempoh 2 minggu ini. Ia juga akan menjadi peluang kepada pemain-pemain tersebut untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka bagi merebut tempat untuk kesebelasan utama United untuk perlawanan seterusnya.

- Advertisement -