Reaksi Mike Phelan mengenai prestasi semasa Edinson Cavani

0

Penyerang veteran Manchester United, Edinson Cavani menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan Copa America 2021 baru-baru ini.

Cavani telah menjaringkan gol kedua untuk Uruguay ketika menang ke atas Bolivia 2-0. Jaringan tersebut merupakan jaringan ke 52 gol untuk kariernya di peringkat antarabangsa.

Apa yang menarik perhatian umum, pembantu pengurus United, Mike Phelan telah muat naik kenyataan di laman sosialnya.

Dia gembira kerana Cavani telah berjaya mendapatkan gol dalam kempen Copa Amerika 2021 ini.

Ini telah membuktikan tambahan kontrak lanjutan 1 tahun oleh United kepada Cavani tidak silap. Ia pasti akan menggembirakan keseluruhan kem jurulatih United dalam persediaan musim hadapan.

Jaringan yang dihasilkan Cavani ketika perlawanan ke-3 menentang Bolivia selepas pasukan Uruguay tewas kepada Argentina 0-1 dan seri menentang Chile 1-1 pada sebelum ini.

Dengan 4 mata yang dikutip oleh Uruguary, mereka berada di kedudukan yang baik untuk layak ke peringkat seterusnya. Kemenangan ke atas Paraguay akan terus menjadikan mereka menjadi naib juara kumpulan di belakang Argentina.

Kami menjangkakan Cavani akan direhatkan dalam perlawanan itu, namun Cavni telah muat naik kegembiraannya menghasilkan gol di media sosialnya akan memberikan gambaran yang dia masih lagi dahagakan gol untuk perlawanan seterusnya.

- Advertisement -