Reaksi Maguire di atas kemenangan pasukan England

0

Harry Maguire telah menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan England dalam kemenangan mereka untuk aksi pembukaan kumpulan D.

Maguire yang hanya memanaskan bangku simpanan disebabkan kecederaan yang dialaminya ketika England menewaskan Croatia 1-0.

Maguire masih lagi bergelut untuk mendapatkan kecergasannya kembali selepas mengalami kecederaan ketika United menang ke atas Aston Villa pada bulan lepas.

Maguire pada ketika ini hanya melakukan latihan ringan. Perkara ini penting untuk pasukan England dalam persediaan mereka yang mahu mara lebih jauh dalam Euro 2020 kali ini.

Dia masuk ke dalam padang meraikan kemenangan bersama John Stones selepas tamat perlawanan.

England berjaya mengekalkan ‘cleen sheet’ dalam perlawanan menentang musuh tradisi mereka Croatia di Wembley. Rahim Sterling telah menjaringkan gol kemenangan pada separuh kedua hasil umpanan cantik Kalvin Phillips.

Tiada seorang pun pemain Manchester United yang berada dalam kesebelasan utama pasukan England.

Dean Henderson dan Luke Shaw juga hanya berada di bangku simpanan. Kieran Trippier telah dipilih oleh Gareth Southgate untuk bermain di sebelah pertahanan kiri.

Marcus Rashford telah dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Phil Foden dan menerima tepukan gemuruh daripada hampir 22 ribu penyokong di Wembley.

Rashford telah menyumbangkan sedikit tenaga pada baki 20 minit perlawanan tetapi England lebih bermain secara bertahan untuk mengekalkan kedudukan 1-0.

Ini merupakan kemenangan pertama England dalam perlawanan pembukaan mereka dalam kejohanan besar di eropah dalam tempoh 10 pertandingan.

Selepas ini England akan bertemu dengan Scotland. Harry Maguire pasti akan berada dibangku simpanan dalam perlawanan tersebut. Gareth Southgate kelihatan tidak begitu panik untuk menurukan pemain pertahanan utama Man Utd itu.

Jika kemenangan ke atas Scotland mampu dicapai, ada kemungkinan Maguire akan diturunkan pada perlawanan terkahir menentang Czech Republic.

Gareths Soutgate mempunyai pemain-pemain yagn berbakat dan berkualiti dan tidak hairanlah siapa yang akan diturunkan kerana dia percaya kepada pemainnya itu.

- Advertisement -