Berita Terkini

Reaksi Edinson Cavani selepas United tewas

Reaksi-Edinson-Cavani-selepas-United-tewas

Edinson Cavani telah memberikan reaksi kecewa selepas aksi mengecewakan pasukan United ketika dibelasah Brighton 4-0 baru-baru ini. Musim ini merupakan musim yang cukup mengecewakan dengan persembahan terumbang-ambing yang dipamerkan oleh pasukan United. United juga telah mencatatkan jumlah mata terendah pada musim ini jika dibandingkan dengan musim 2013/2014 dengan 64 mata.

Selepas mencatatkan kemenangan terakhir yang selesa 3-0 ke atas Brentford di Old Trafford, para peminat pasti mengharapkan sesuatu yang positif untuk perlawanan terkahir United sebelum tamat musim 2021/2022 ini.

Selain itu, selepas tewas dengan jaringan 4 gol, United juga telah mencatatkan 56 bolos pada musim ini dengan yang paling banyak pernah United catatkan pada sebelum ini adalah pada musim 2018/2019.

Cavani telah dibawa masuk bersama-sama dengan Fred pada separuh masa pertama menggantikan Elanga dan Matic ketika United ketinggalan 0-1. Itu merupakan penampilan ke 14 bagi Cavani sepanjang musim ini.

Cavani ada melakukan tandukan yang padu ke arah pintu gol pasukan lawan namun berhaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan. Bukan itu sahaja, Cavani juga ada menolak masuk bola tendangan Maguire namun dia berada dalam keadaan ‘offside’. Cavani telah melemparkan bola ke ara penonton kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil sebelum pengadil telah memberikan kata dua kepadanya.

Cavani pasti berharap akan diturunkan pada perlawanan terkahir menentang Crystal Palace nanti sebelum dia meninggalkan United.

Para peminat begitu kecewa dengan keadaan pasukan United pada ketika ini begitu juga dengan Cavani.

‘Saya amat kecewa dengan keputusan perlawanan pada malam ini.’

Lain-Lain Artikel