Reaksi CR7 selepas kejayaan mencatatkan hartik ke-10nya bersama Portugal

0

Rekod jaringan CR7 di peringkat antarabangsa terus tidak berhenti. Pemain bintang Manchester United itu telah meledak hatrik ke 10nya untuk pasukan Portugal ketika menentang Luxembourg.

Selepas menjaringkan 2 gol dan membantu memberikan arahan pada separuh masa pertama, CR7 boleh meminta untuk pengurus pasukan mengeluarkannya untuk memberitahu tugasnya untuk malam ini sudah cukup dan boleh berehat dengan lebih awal sebelum tamat perlawanan.

Namun, CR7 bukanlah seorang pemain seperti tersebut, dia mahu bermain pada setiap minit perlawanan dan menjaringkan gol sebanyak yang mungkin. Dengan pendirian tersebut, CR7 berjaya meledak hatrik untuk membolehkan Portugal menang 5-0 ke atas Luxembourg.

Penyerang berbisa Portugal itu telah berterima kasih kepada semua peminat yang hadir ke stadium. Mereka telah memberikan sokongan padu kepada semua pemain dan disebabkan semangat tersebut, dia akan terus berusaha selagi yang dia mampu melakukannya.

‘Satu lagi kemenangan, satu lagi langkah untuk kami terus mara ke peringkat seterusnya, malam yang cukup bersejarah dengan warna pakaian yang berada dibadan kami ini. Semuanya nampak mudah apabila anda bermain di laman sendiri. Peminat sentiasa memberikan sokongan padu kepada kami sehingga minit terakhir perlawanan. Saya berjanji akan terus berusaha dan berusaha dalam mendapatkan sebarang kejayaan untuk pasukan. Ini adalah DNA dalam darah daging saya. Kami tidak akan menyerah kalah, kami akan terus maju kehadapan dan dapatkan apa yang kami inginkan. Ayuh Portugal’

CR7 terus mendahului carta penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 115 jaringan gol. Kini dia telah mengumpul 794 gol dalam kariernya bersama pasukan Portugal dan kelab yang pernah dia wakili. Dia akan terus menjaringkan gol sebanyak yang mungkin.

Walaupun, United dikatakan masih bergelut untuk mendapatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, penyerang sensasi ini telah berjaya menyumbangan 5 gol dalam 6 penampilan. United harus terus mempercayai sumbangan yang dapat diberikan CR7 kepada pasukan. CR7 dijangka akan mencatatkan jumlah 800 gol dalam dalam bulan ini.

- Advertisement -