Reaksi CR7 mengenai kemenangan malam tadi

0

CR7 telah memberikan peluang kepada Jesse Lingard untuk menjadi tumpuan pada perlawanan semalam selepas United menewaskan West Ham 2-1. CR7 telah menjaringkan gol pertama untuk United sebelum Lingard menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan United. Seorang lagi hero yang mencuri tumpuan adalah David De Gea, dia telah menyelamatkan sepakan penalti di masa kecederaan sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan United.

CR7 telah meninggalkan perlawanan pada malam tadi dengan merasakan yang setiap perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris sangat berdaya saing. Tidak ada perlawanan yang mudah untuk mereka hadapi. Pemain bintang Portugal dan United ini telah menyampaikan mesej kepada peminat di atas kejayaan berharga ini.

‘Setiap perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris akan memberikan anda satu pertarungan yang sangat luar biasa untuk anda mengutip 3 mata penuh. Hari ini kita secara umumnya kami berjaya mengatasi halangan yang ada di hadapan kami. Kami perlu sentiasa meletakkan fikiran kami di landasan yang tepat dalam mencapai tujuan utama pasukan United ini. Bersama kita bertarung, fokus dan ayuh United.’

Screenshot 2021-09-20 at 10-24-32 Cristiano Ronaldo reacts to Manchester United win

CR7 sentiasa bangkit dari cabaran yang dia hadapi dalam kariernya dan tiada sebab ketika bersama United ini perkara tersebut masih berlaku. Pada usia 36 tahun, dia bertanggungjawab memimpin pasukan United di bahagian serangan. Dia telah menjaringkan 4 gol untuk 3 perlawanan. CR7 juga hanya tinggal 4 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod yang dipegang oleh pengurusnya sendiri Solskjaer dengan jumlah 126 gol ketika bersama United. Dengan pencapaian semasa ini, dia pasti akan berjaya menyamai rekod tersebut akhir bulan ini.

- Advertisement -