Reaksi CR7 mengenai gol kemenangan United

0

Cristiano Ronaldo telah meraikan detik bermakna dia sebagai pemain berpengalaman dalam pasukan ketika menjaringkan gol kemenangan untuk United yang menewaskan Villarreal 2-1 di Old Trafford. Pemain antarabangsa Portugal ini menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 95 untuk memberikan 3 mata berharga di peringkat kumpulan kejohanan Piala Liga Juara-Juara Eropah.

Ini merupakan gol ke-5 bagi penampilan ke-5 Ronaldo bersama United. Peminat-peminat United dilihat seperti di santau selepas gol kemenangan tersebut dijaringkan. Peminat telah menyaksikan perlawanan yang mendebarkan sepanjang 90 minit perlawanan.

‘Ini sebab mengapa saya ingin kembali ke Old Trafford, saya sangat rindukan kelab ini.’ kata CR7.

CR7 telah meluahkan rasa ingin membantu pasukan United menjulang kembali kejayaan seperti mana yang dia pernah lakukan pada kehadiran pertamanya ke United. CR7 telah memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 1 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah serta beberapa trofi sampingan yang lain.

‘Saya mempunyai sejarah bersama kelab ini dan Saya mahu lakukannya sekali lagi. Tetapi saya tidak keseorangan dalam melakukan perkara ini, saya akan melakukan bersama-sama pasukan yang saya bermain ketika ini. Jika kami tidak berjaya mendapatkan 3 mata pada perlawanan tadi, pasti sukar untuk kami layak ke peringkat seterusnya. Namun jika dilihat pada kedudukan kumpulan, semua pasukan kembali berpeluang untuk bersaing merebut slot penting tersebut.’

CR7 berterima kasih kepada para peminat United di atas sokongan padu yang telah diberikan.

- Advertisement -