Reaksi Conor McGregor mengenai kepulangan CR7

0

Cristiano Ronaldo telah kembali ke Manchester United. Berita perpindahan ini telah menjadi tajuk hangat untuk setiap akhbar di seluruh dunia. Perpindahan ini juga menjadi bualan seluruh peminat United dan tidak ketinggalan juga bagi bintang MMA terkenal, Conor McGregor.

Bintang MMA yang merupakan ‘Irishman’ itu telah meraikan kepulangan C.Ronaldo di laman sosial miliknya. Dia telah menyampaikan ucapan tahniah kepada pemain dan kelab kerana berjaya mencapai persetujuan yang membolehkan ia menjadi sesuatu yang realiti.

Ucapan tahniah dari Conor McGregor

Conor McGregor merupakan seorang peminat Manchester United dan pada awal tahun ini dia pernah menyatakan hasrat untuk membeli kelab yang diminatinya ini. Perkara ini terjadi selepas berlaku perselisihan faham di antara penyokong dengan kelab United. Penyokong telah melakukan protest kepada pendirian kelab mengenai penyertaan pasukan United dalam saingan ‘Super League’. Mereka juga tidak bersetuju dengan semua keputusan dibuat oleh pemilik kelab yang hanya memikirkan soal keuntungan dan gerakan ‘anti-Glazer’ telah dilakukan.

Gambar ketika Conor McGregor bersama Ronaldo

Walau bagaimanapun, kekayaan Conor McGregor tidak cukup untuk membeli United yang merupakan salah sebuah kelab bola sepak terbaik di dunia. Jika peminat mahukan pemilik yang baru bagi pasukan United, mereka perlu mencari pemilik yang lebih kaya daripada pemilik asal United sekarang. United beruntung kerana mempunyai peminat-peminat dikalangan artis dan pelakon yang terkenal sekaligus sedikit sebanyak dapat memberikan pendirian dan sokongan penuh kepada pasukan United itu sendiri.

- Advertisement -