Reaksi Bruno Fernandes dengan persembahan Pogba

0

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes telah memuat naik sesuatu di laman sosialnya berkenaan persembahan rakan sepasukannya Paul Pogba.

Fernandes memuji Pogba selepas berjaya memenangi pemain terbaik perlawanan dalam perlawanan tersebut selepas Perancis menang 1-0 ke atas Jerman.

Tetapi kata-katanya itu juga ada terselit jenaka ‘only for today’ dalam mesej tersebut.

Pasukan Portugal dan Perancis berada dalam kumpulan yang sama dan mereka akan bertemu sesama sendiri pad aperlawanan terakhir.

Pogba telah membuat hantaran yang cantik kepada Hernandez dan hantaran lintang Hernandez kemudiannya terkena kaki Mat Hummels untuk jaringan tunggal kemenangan Perancis.

Perlawanan seterusnya pasti akan lebih sengit bagi Portugal dan Perancis kerana lawan bagi kedua-dua pasukan mereka ini memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat kalah mati.

Selain dari Bruno, rakan sepasukan Pogba ketika bermain untuk akademik United, Lingard juga ada menyampaikan kata-taka pujian kepada Pogba. Dengan persembahan yang memukau Pogba dalam perlawanan bertaraf 5 bintang ini, pasti akan meningkatkan reputsai Pogba.

Masa depan Pogba pasti akan menjadi semakin menarik untuk kita lihat sama ada akan kekal bersama United untuk musim depan atau dia akan berhijrah kerana nilainya pasti akan meningkat selepas Euro 2020 ini.

- Advertisement -