Rashford telah selamat menjalani pembedahan bahu dengan penampilan rambut barunya

0

Marcus Rashford telah selamat menjalani pembedahan di bahagian bahunya. Rashford akan terlepas pada permulaan perlawanan kempen Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Namun dia tetap positif dan telah menghantar mesej kepada para peminatnya selepas menjalani pembedahan tersebut.

Dia memberitahu semua berjalan dengan lancar dan dia merasakan sedikit kesakitan selepas pembedahan tersebut. Dia akan menjalani proses pemulihan seperti yang dirancang oleh pasukan perubatan pasukan.

Rashford juga telah menampilkan gaya rambut yang baru untuk persedian musim baru ini. Peminat United pasti tidak sabar untuk menantikan kepulangan Rashford untuk kembali beraksi bersama pasukan United.

Apa yang penting ketika ini adalah, dia mengikuti segala proses pemulihan yang diaturkan supaya dia dapat kembali bersama pasukan United dengan jayanya.

Rashford bukan keseorangan dalam memastikan tahap kecergasannya kembali berada di tahap terbaik. Ada beberapa pemain utama United yang lain juga berada dalam keadaan tersebut.

Oleh yang demikian, pasukan United harus memastikan mereka berada di landasan yang terbaik pada permulaan saingan liga pada musim ini ketika menantikan kepulangan Rashford.

Solskjaer pasti tidak akan menyegerakan kepulangan Rashford bagi memastikan dia betul-betul bersedia untuk kembali bermain bersama pasukan. Jika United tergesa-gesa untuk inginkan Rashford kembali, pasti peristiwa di mana di bermain dalam kesakitan seperti musim lepas akan berulang.

Rashford dijangka akan pulih sepenuhnya pada hujung bulan Oktober tahun ini.

- Advertisement -