Rashford telah menjaringkan gol ke100

0 88

Marcus Rashford telah mencipta sejarah dalam kariernya setelah menjaringkan gol ke 100 ketika dia menyarung ‘amband’ bagi pasukan England baru-baru ini.

Walaupun Jack Grealish dan James Ward-Prowse merupakan ketua pasukan bagi kelab mereka dalam Liga PErdana Inggeris, namum Southgate memberi kepercayaan kepada Rashford kerana rekod yang dimilikinya sekarang.

United mempunyai 7 orang pemain yang mengetuai pasukan England dan menjaringkan gol untuk pasukan England iaitu, Beckham, Charlton, Ferdinand, Maguire, Robson, Rooney dan kini Rashford.

Rashford telah menjaring gol menerusi sepakan penalti sekaligus gol kemenangan buat pasukan england ke atas romania.

Sepakan penalti yang diambil Rahsford begitu tenang disempurnakan. Dia telah menjaringkan 88 gol bagi pasukan united dan baki 12 gol bersama pasukan England.

Rashford akan menjadi pengganti Harry Kane kelak untuk tugas ketua pasukan. Dia dilihat begitu berpengaruh di dalam pasukan kerana sikap yang ada pada dirinya.