Rashford menyampaikan mesej beremosi

0

Rashford telah mengutarakan pendapatnya berkenaan kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti ketika England tewas kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti.

Pemain bintang United ini merupakan salah seorang pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti bersama-sama rakan sepasukannya Jadon Sancho dan Bukayo Saka.

Rashford mengakui pada hujung-hujung musim ini dia telah kehilangan keyakinan dan dia merasakan keadaanya tidak begitu bagus ketika ingin melakukan sepakan penalti tersebut.

Sepakan Rashford berjaya menewaskan Donnarumma namun terkena tiang gol dan melantun keluar. Rashord telah menyampaikan mesej di media sosial milikknya.

Perkara ini sangat memilukan, Rashford tidak berpuas hati dengan keadaan dirinya dan mesej yang disampaikanya itu sudah cukup membuktikan dia seorang individu yang berani dan tabah.

Tidak ada orang yang menyalahkan Rashford jika dia berdiam diri terutamanya selepas menerima kata-kata kencaman berbaur perkauman selepas kegagalan sepakan penaltinya.

Rashford dilihat perlu diberikan ruang untuk berehat. Dia telah menerima kritikan ketika perlawanan akhir Piala Europa dan ini sedikit sebanyak akan menganggu keyakinannya pada persediaan musim baru nanti.

Di kejohanan Euro 2020, dia tidak berada dalam kesebelasan utama England dalam satu perlawanan walaupun dalam peringkat kumpulan. Ia pasti akan memberikan impak kepada dirinya walaupun dia sentiasa positif dengan keadaan dirinya.

Dia begitu berani memberitahu kepada media sosial mengenai kehilangan keyakinannya dalam prestasi semasanya. Rashford mempunyai rekod yang cemerlang dalam sepakan penalti dengan hanya gagal 1 sahaja ketika menentang Crystal Palace di Old Trafford.

Sepakan penalti yang paling bermakna bagi Rashford ialah ketika menentang PSG di Piala Juara-Juara Eropah sebelum ini.

Rashford telah menjaringkan 21 gol pada musim lepas dengan kedudukan no2 untuk carta ‘assist’ dibelakang Bruno Fernandes. Kecergasan Rashford sentiasa dipertikaikan sejak dia bermain pada Oktober lepas.

Para pegawai perubatannya menggalakkan supaya Rashford tidak menyertai Euro 2020 supaya dia dapat menjalani sesi pemulihan.

Rashford mempunyai semangat untuk bermain dengan kelab dan negaranya tetapi sudah tiba masanya untuk berehat sebentar dari kancah bola sepak. Dia akan menerima bimbingan dan sokongan daripada seluruh warga United. Seluruh warga United pasti bangga dengan personaliti yang ada pada Rashford dan berharap dia dapat kembali dengan prestasi sebenarnya kelak.

- Advertisement -