Buletin Manchester United

Rashford-memintas-kedudukan-Eric-Cantona

Rashford memintas kedudukan Eric Cantona

Sedang menuju puncak, Marcus Rashford telah mengambil kedudukan Eric Cantona dalam kedudukan penjaring sepanjang zaman untuk pasukan United selepas menjaringkan gol ke 83 peribadinya dalam pertemuan menantang Southampton awal pagi tadi. Rashford yang berusia 23 tahun telah memintas kedudukan tersebut dan masih mampu untuk memintas senarai nama pemain-pemain yang berada dalam senari berikut.

  1. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 253 Rooney
  2. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ท๓ ฌ๓ ณ๓ ฟ 160 Giggs
  3. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 155 Scholes
  4. ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ฑ 150 Van Nistelrooy
  5. ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ด 126 Solskjaer
  6. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 121 Cole
  7. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡น 118 Ronaldo
  8. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 85 Beckham
  9. ๐Ÿด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ 83 RASHFORD ๐Ÿ†•
  10. ๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ท 82 Cantona

United telah membelasah pasukan Southampton 9-0 awal pagi tadi di Old Trafford. Rashford merekodkan gol peribadi ke 83 selepas menyempurnakan hantaran leret Mason Greenwood. Rashford kemudian telah dikeluarkan pada selepas bermain 60 minit permainan dan digantikan dengan Daniel James. Daniel James juga berjaya menjaringkan gol ketika United menang besar perlawanan tersebut.

Rashford ketika ditemubual, ‘Dia (Cantona) merupakan pemain ternama yang banyak berbakti kepada pasukan United, ia merupakan satu penghargaan kepada diri saya. Saya telah berjaya memintas kedudukan dalam senarai penjaring terbanyak United sepanjang zaman. Saya ingin menjaringkan lebih banyak gol dan membantu pasukan untuk mencapai kejayaan.’

Pengurus pasukan United berkata,’Eric merupakan pemain fantastik jika anda ada peluang bermain bersama dan Rashford mempunyai harapan baik untuk masa depan kariernya bersama United. Apa yang dia telahlakukan pada musim iniย  atau tahun ini menunjukkan dia bersungguh-sungguh dengan kerjaya dia sebagai pemain bola sepak.’

Senarai berikutnya adalah David Beckham dengan 85 jaringan. Kemudian dia perlu berusaha keras jika ingin memintas rekod yang telah dimiliki Ronaldo (118), Andy Cole (121) dan pengurus dan bos dia sendiri Solskjaer dengan 126 jaringan. Ruud van Nistelrooy telah menjaringkan 150 gol ketika berada di Old Trafford sementara Paul Scholes 155 gol dan Ryan Giggs dengan 160 gol. Perjalanan untuk menjadi penjaring terbanyak untuk sepanjang zaman bagi United masih jauh dan kini dipegang oleh Wayne Rooney. Rooney telah menjaringkan 253 gol dengan 93 gol lebih dari kedudukan kedua Ryan Giggs.

Rashford berkata lagi, ‘Ia sangat bagus kepada pasukan kerana kami berjaya menjaringkan banyak gol dankami gembira selepas kecewa pada 2 perlawanan sebelum ini. Kami memerlukan 3 mata dan kami akan fokus untuk meneruskan rentak kemenangan kami ini.’