Rashford intai peluang berada dalam kesebelasan utama United

0

Pemain sayap United, Marcus Rashford semakin hampir untuk kembali beraksi bersama pasukan utama United. Rashford dilihat telah berlatih bersama pasukan utama United beberapa hari lepas. Rashford juga dikatakan sedang mendapatkan perhatian dari pengurus United Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk penampilan pertamanya bersama United pada musim ini.

Rashford sudah pulih dari kecederaan bahunya selepas segala proses pemulihan pada sebelum ini berjalan dengan lancar. Rashford pada musim lepas telah menjaringkan 21 gol namun dia hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam 7 penampilan terakhirnya bersama United.

Seharusnya Rashford boleh diturunkan bersama pasukan kedua United namun disebabkan United tersingkir awal kejohanan Piala FA baru-baru ini, peluang itu tidak akan berlaku. Dia berkemungkinan akan berada dalam barisan pemain gantian pada perlawanan akan datang.

Peminat pasti kehadiran semula Rashford bersama pasukan utama United ini dapat membantu pasukan United kembali mendapat rentak kemenangan selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Namun kita juga tidak boleh menaruh harapan besar kepada Rashford, kerana dia baru sahaja pulih dari kecederaan dan berkemungkinan akan mengambil masa untuk kembali menyesuaikan diri dengan corak permainan United sejak kehadiran CR7.

- Advertisement -