Rashford dijangka kembali berlatih pada bulan September

0

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford dijangka akan memulakan latihan pada penghujung bulan ini, mengikuti laporan The Sun. Kini Rashford dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bahu yang telah sekian lama ditanggungnya sebelum ini. Dia bakal melakukan penampilan sulung pada penghujung September.

Pasukan United begitu teruja dengan tempoh pemulihan yang begitu singkat dan cepat. Ia memberikan peluang kepada Rashford turun menjalani latihan ringan pada penghujung bulan ini.

Mengikut jangkaan sebelum ini, Rashford dijangka akan pulih sekitar bulan Oktober. Hal ini menunjukkan tempoh pemulihannya begitu pantas dan boleh memberikan aksi terbaiknya selepas ini.

Selepas perlawanan menentang Southampton dan Wolverhampton Wonderers pada bulan Ogos, kebanyakan pemain akan terlibat dengan skuad kebangsaan. Selepas itu pada bulan September, United akan menentang Newcastle United pada 11 September, West Ham United pada 19 September dan Aston Villa pada 25 September. Selain itu, jadual Liga Juara-Juara Eropah juga akan berlangsung pada bulan September dan juga jadual Piala Carabao yang belum dikeluarkan oleh FA England lagi.

Sekiranya Rashford sudah boleh beraksi pada bulan September, ini memberikan kelebihan kepada United kerana pada bulan Oktober, United akan berdepan lawan yang lebih hebat lagi pada bulan tersebut. Pada bulan Oktober, United berdepan Everton, Leceister City, Liverpool, dan Tottenham Hotspur. Manchester City dan Chelsea menunggu United pada bulan November selain jadual Liga Juara-Juara Eropah yang lebih padat.

Lagi cepat Rashford pulih, lagi banyak pilihan yang United ada. United juga tidak boleh terlalu tergesa-gesa untuk menggunakan khidmat Rashford supaya dia dapat pulih 100% tanpa sebarang masalah. United juga mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan seperti Jadon Sancho, Anthony Elanga, Anthony Martial dan Daniel James. Penyerang utama pula diketuai oleh Edinson Cavani dan Mason Greenwood.

Paul Pogba juga sudah boleh diletakkan sebagai penyerang sebelah kiri United seperti perlawanan menentang Leeds United yang mana dia telah berjaya memberikan 4 ‘assist’ cemerlang.

Kehadiran semuala Rashford pada bulan September akan menambah sengat di bahagian serangan. Diharapkan para pemain kan dapat menghindarkan diri dari kecederaan supaya United dapat mengharungi perlawanan dengan gemilang.

- Advertisement -