Rashford dapat kontrak sambungan bersama Nike

0

Marcus Rashford telah menyambung kontraknya bersama Nike menurut pihak pengurusan mereka.

Penaja pakaian suka terkenal dunia itu telah mengiktiraf sumbangan kerja-kerja amal yang telah dibuat oleh Rashford.

Pihak pengurusan Rashford juga telah mengakui perjanjian tersebut telah dah dimaklumkan dalam sosial media baru-baru ini.

Rashford telah bersama Nike sejak dia berusia 11 tahun.

Laporan dalam The Mail ada menceritakan bagaimana kerjasama di antara Rashford dan Nike pernah tergugat yang kini berusia 12 tahun.

Puma pernah memujuk Rashford untuk mengikuti jejak langkah Neymar yang bersama menjadi duta untuk produk mereka. Selain itu, ada juga beberapa jenama terkenal antarabangsa pernah cuba untuk bekerjasama dengan Rashford.

Rashford pada sebelum ini telah menjalankan kerja-kerja masyarakat ketika diluar aktiviti bola sepak telah melonjakkan popularitinya dikalangan peminat di negaranya dan luar negara.

Dengan itu, ia sekaligus telah meningkatkan penjenamaan jenama mereka dikalangan penggemar sukan, ahli politik dan masyarakat setempat.

Oleh yang demikian, Nike tidak menunggu lama untuk meneruskan kerjasama bersama Rashford. Tiada nilai atau jumlah yang diberitahu dalam perjanjian tersebut tetapi apa yang sudah itu ia pasti nilai jutaan pound.

Puma telah membayar Neymar sebanyak 21 juta pound setahun dan ada kemungkinan nilai yang dipersetujui Nike dan Rashford sekitar nilai tersebut.

Rashford yang merupakan pemain akademik United telah menjaringkan 88 gol untuk United dan 21 gol pada musim lepas. Dia dijangka akan diberikan tawaran kontrak baru pada 12 bulan akan datang. Kontraknya sekarang masih akan tamat pada 2023.

United kini telah bekerjasama dengan Adidas untuk tajaan baju mereka sehingga tahun 2025. Pada sebelum ini United bersama Nike dan Nike kini bersama pasukan England.

- Advertisement -