Rashford dah Bruno gagal mempamerkan aksi sebenar

0

Roy Keane tidak puas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh 2 pemain nadi utama United, Marcus Rashford dan Bruno Fernandes. Mereka berdua ini dlihat gagal memperagakan aksi sebenar meraka pada perlawanan yang berkesudahan tanpa jaringan.

‘Rashford gagal melakukan apa yang sepatunya dia lakukan sebagai seorang penyerang dan Bruno tidak bermain dengan baik. Akan tetapi United masih mempunyai 2 peluang untuk menghasilkan gol.’ Walau bagaimanapun, Roy Keane memuji aksi para pemain United secara keseluruhan di Anfield sambil berasa sangat kecewa kerana 2 peluang tersebut tidak diterjemahkan dengan gol.

Pendahulu liga, United kelihatan gagal mendapatkan rentak permainan mereka selepas di tekan oleh para pemain pasukan Liverpool. Separuh masa pertama seharusnya dilupakan kerana United dilihat tidak mampu menyaingi kemampuan dan kualiti yang ada pada Liverpool. Rashford dilihat beberapa kali terperangkap dengan perangkap off-side pasukan Liverpool. Fernandes pula gagal menghasilkan hantaran-hantaran magik sepertimana yang kerap dia lakukan sebelum ini.

United pada separuh masa kedua kelihatan lebih bertenaga dan berjaya bermain dengan lebih baik dari separuh masa pertama. United mempunyai peluang pada lewat perlawanan di mana, Pogba  berjaya membuat sepakan dari jarak dekat tetapi berjaya diselamatkan oleh Alisson. Roy Keane gembira dengan keputusan malam tadi selepas United berjaya menghalang asakan pasukan Liverpool yang dilihat begitu tumpul di depan gol.

‘Anda boleh katakan Liverpool mengawal permainan dengan baik tetapi mereka begitu tumpul di dalam kotak penalti. United hampir berjaya memerangkap mereka yang dilihat begitu yakin dalam melakukan serangan. Bahagian pertahanan United sangat cemerlang dan para pemain United mempunyai mentaliti yang bagus sepanjang perlawanan.’

Sumber dari TheSun Football

- Advertisement -