Buletin Manchester United

'Rashford-beruntung-berada-di-bawah-pengendalian-Solskjaer'-kata-Januzaj

‘Rashford beruntung berada di bawah pengendalian Solskjaer’ kata Januzaj

Pemain sayap Real Sociedad, Adnan Januzaj mengakui dia cemburu dengan Marcus Rashford. Perkara ini berlaku kerana, Januzaj berpendapat United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer sangat mengutamakan pemain-pemain muda daripada akademik di United.

Januzaj juga merupakan bekas pemain akademik United. Dia berjaya membuat penampilan pertamanya ketika di bawah kendalian David Moyes. Januzaj pernah dilabelkan bakal menjadi pemain bintang United pada masa hadapan. Dia telah menunjukkan perkembangan yang bagus ketika bersama dengan pasukan senior United.

Namun, karier Januzaj merundum selepas kehadiran Louis Van Gaal dan pada ketika era Jose Mourinho, dia telah dijual kepada Real Sociedad. Situasi itu sangat berbeza pada waktu ini. pemain-pemain muda ada diberi peluang untuk mempamerkan aksi mereka dalam kesebelasan utama pasukan. ‘Anda boleh lihat bagaimana Solskjaer memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk bermain dengan pasukan senior. Dia merupakan pengurus yang baik.’ kata Januzaj ketika ditemubual.

Januzaj kecewa kerana dia tidak diberikan peluang oleh Loius van Gaal pada masa lalu. Itulah di antara punca mengapa dia cemburu dengan keadaan Rashford sekarang. ‘Pada usia muda saya di United, pengurus mengatakan saya tidak bermain dengan baik. Saya sering dikritik disebabkan perkara yang saya tidak buat. Saya tidak faham mengapa perkara sebegitu boleh terjadi.’

‘Saya bermain baik apabila diberikan peluang dan tidak mungkin bagi saya untuk melakukan sesuatu perkara buruk. Tetapi segalanya tidak menjadi kerana saya tidak mendapat sokongan. Peminat diluar sana telah memberikan reaksi yang kurang senang dengan situasi saya. Itulah satu-satunya perkara yang saya menyesal ketika berada di United.’