Rashford akui dia tidak berada di tahap yang sebenar

0

Marcus Rashford telah bercakap mengenai tahap kecergasannya selepas prestasinya turun naik ketika bersama pasukan United pada musim ini.

Rashford bermain dalam keadaan kesakitan sepanjang musim 20/21 dengan menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan yang disertai United dan 11 daripada jumlah tersebut hadir menerusi Liga Perdana Inggeris.

Di peringkat antarabangsa ketika kejohanan Euro 2020, England mempunyai pelbagai pilihan pemain yang mampu memikul tanggungjawab tersebut. Oleh yang demikian, Rashford telah bermain sebagai pemain gantian dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Berkata dalam temubual Telegraph, Rashford akui dia tidak berada dalam tahap terbaiknya kerana dia telah mengalami kecederaan pada sebelum ini. Walau bagaimanapun dia sentiasa bersedia apabila khidmatnya diperlukan di dalam pasukan.

“Saya tidak bermain di tahap terbaik saya ketika ini. Walau apa pun yang berlaku saya tidak kisah kerana perkara ini berlaku sejak awal musim lagi.”

“Saya berjaya melakukannya bersama United. Saya telah berjaya terlibat dalam 36 gol dan saya tidak harus memandang kepada kisah yang lepas. Seharusnya saya ambil cuti untuk berehat dan melakukan perkara yang saya suka. Tetapi saya suka terlibat dalam setiap perlawanan bersama pasukan.”

“Saya telah bersedia mengenai perkara ini dari segi fizikal dan mental. Tiada rahsia. Saya tahu apa keadaan saya.”

“Ia sesuatu yang mustahil bagi 11 pemain untuk bermain dalam 90 minit permainan untuk 7 perlawanan dalam masa waktu rehat yang singkat. Semua pemain harus bersedia untuk perlawanan seterusnya.”

Dalam sesi temubual ESPN,Rashford berkata dia tidak pasti sama ada dia akan melakukan pembedahan di bahagian bahunya pada masa ini.

Ia bergantung kepada keadaan proses pemulihan tersebut akan mengambil masa yang lama atau tidak. Dia tidak mahu terlepas banyak perlawanan pada musim hadapan.

Jika pasukan England terus mara ke peringkat seterunsya, Perlawanan akhir akan berlangsung pada 11 Julai.

Sebagai peminat United, kita gembira dapat menyaksikan aksi Rashford dalam setiap perlawanan. Tetapi dalam kejohanan Euro 2020 kali ini Gareth Southgate mengambil langkah berjaga-jaga.

England tidak perlu menurunkan setiap pemain yang sama pada setiap perlawanan. Tetapi dalam perlawanan menentang Jerman nanti, faktor kelajuan akan pasti memberikan kesan kepada pasukan Jerman. Jerman dilihat begitu susah mengawal Kylian Mbappe pada perlawanan pertama mereka menentang Perancis.

- Advertisement -