Rashford akan menjalani pembedahan pada minggu depan

0

Manchester United dan Marcus Rashford akhirnya membuat keputusan mengenai kecederaan pemain itu.Penyerang itu dijadualkan akan melakukan pembedahan pada minggu depan.

Sejak musim lalu, Rashford menghadapi masalah dengan bahunya.Kecederaan itu menjadikan prestasi penyerang itu merosot, terutama pada pertengahan musim lalu.

Sebelum ini Rashford dilaporkan mahu menjalani pembedahan kerana kecederaan bahunya.Tetapi pasukan perubatan United tidak memberi restu dek kerana akan membuatkan pemain itu berehat dengan lebih panjang.

Rashford dan Solskjaer dilaporkan telah melakukan pertemuan untuk membincangkan perkara ini.Daily Mail mendedahkan bahawa kedua-duanya pihak akhirnya bersetuju untuk pemain itu menjalani pembedahan.

Menurut laporan itu, Rashford telah mendapat kebenaran untuk menjalani pembedahan di bahunya.

Pembedahan itu dijadualkan berlangsung minggu depan.Di mana Rashford telah menjalin komunikasi dengan doktor yang akan merawatnya.

Rashford berharap pembedahan ini dapat menghilangkan kecederaan yang telah mengganggunya sejak sekian lama.

Rashford sendiri dilaporkan optimis bahawa dia akan pulih dengan secepatnya.

Berdasarkan hasil pembincangan dengan doktor, proses pemulihan pembedahan ini dapat berjalan dengan cepat.Ia akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk pulih dari kecederaan ini.

Rashford berharap dia dapat kembali berlatih bersama pasukan utama United pada bulan Oktober.

- Advertisement -