Raphael Varane mengucapkan selamat tinggal kepada rakan di Real Madrid

0

Raphael Varane akan melengkapkan perpindahannya ke United paling awal pada minggu hadapan. Persetujuan kedua-dua pihak dan pengumuman rasmi kejayaan mendapatkan Varane pada hari selasa lepas.

Sambil menunggu secara rasminya Varane ke United, Varane telah datang ke tempat latihan Real Madrid untuk mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada bekas pasukannya itu.

Varane juga telah muat naik ucapannya di Instagram sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada kelabnya sepanyak kariernya di Real Madrid.

‘Beberapa hari yang lepas merupakan hari yang penuh dengan pelbagai emosi dalam diri saya. Sudah tiba untuk saya berkongsi dengan anda semua. Selepas 10 tahun yang cukup gemilang bagi karier saya bersama Real Madrid, saya akan meninggalkan kelab ini untuk mendapatkan cabaran baru di Liga Perdana Inggeris. Ia cukup berat hati saya ingin meninggalkan kelab yang menjadikan saya seorang pemain seperti sedia ada ini.’

‘Sejak kehadiran saya pada tahun 2011, saya telah berjaya mengecapi segala kejayaan dan keinginan yang ingin saya capai pada sebelum ini. Cita-cita saya menjadi realiti. Saya ingin menucapkan terima kasih kepada semua orang yang melatih, berlatih atau berkerjasama dengan saya sepanjang saya berada di sana.’

‘Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang bersama-sama mengejar kejayaan dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kejuaraan yang kita ingin kecapi. Satu penghargaan untuk bermain dengan anda semua dalam satu pasukan yang terbaik di dunia ini.’

- Advertisement -