Raphael Varane bersuara mengenai gosip perpindahaannya

Dua kelab dari England, Chelsea dan Manchester United dilaporkan bersedia bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Soccrates Images/Getty Images
0 492

Berita mengenai masa depan salah seorang pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane menjadi perhatian sejak kebelakangan ini, seperti yang diketahui, kontraknya akan tamat pada akhir musim 2021/22 dan setakat ini masih belum ada perjanjian dengan kelab mengenai kontrak barunya.

Ini membuat Varane dikhabarkan akan pergi pada perpindahan musim panas tahun 2021. Real Madrid tidak mempunyai pilihan lain jika mereka tidak ingin kehilangan pemain pertahanan tengah secara percuma dengan menjualnya pada perpidahan akan datang.

Mengambil kesempatan dari situasi itu, dua kelab dari England, Chelsea dan Manchester United dilaporkan bersedia bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut, bahkan berita terbaru yang juga menyatakan bahawa the Blues menjadi pilihan setelah mereka sanggup membelanjakan 70 juta euro untuk Rafel Varane.

Setelah memilih untuk berdiam diri untuk beberapa waktu, Varane telah bersuara mengenai desas-desus perpindahannya dari Santiago Bernabeu, pemain Perancis itu memberi isyarat bahawa dia tidak menutup peluang untuk pergi, tetapi dia akan kekal fokus untuk membantu Madrid dalam kempen pada musim 2020/21.

“Masa depan saya jelas. Sekarang saya hanya ingin fokus bersama pasukan Real Madrid pada musim 2020/21. Sekarang ini kita berada di saat-saat penting,” kata Varane seperti yang dilaporkan oleh Mirror.

“Adakah saya masih akan kekal bersama Real Madrid pada tahun 2022? Ia masih lagi menjadi tanda tanya. Buat masa ini saya hanya mahu fokus bersama pasukan Real Madrid untuk musim 2020/21. Real Madrid sedang memburu piala pada musim ini dan peluang itu masih terbuka buat kami. Saya fokus untuk terus memberikan persembahan terbaik saya kepada pasukan ,” dia menambah.

Real Madrid merancang untuk melepaskan beberapa pemain pada musim panas 2021, bukan hanya Varane, rakan sepasukannya yang juga bek tengah dari Sepanyol, Sergio Ramos juga dikhabarkan akan pergi pada hujun musim ini.