Raphael Varane adalah pilihan utama United

0

Manchester United dilaporkan tidak mahu mendapatkan bintang pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos secara percuma. Sebaliknya, United lebih berminat untuk mendapatkan rakannya iaitu Raphael Varane. United dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah yang baru pada hujung musim ini. Solskjaer ingin menggandingkan Harry Maguire dengan rakan yang baru disebabkan prestasi yang tidak menentu daripada Lindelof dan kecederan yang kerap berlaku kepada Bailly.

United ingin mendapatkan Varane disebabkan pemain antarabangsa Perancis itu masih muda dan mempunyai bakat yang besar. Solskjaer telah lama berminat dengan cara permainan Varane. Varane juga dilihat sebagai bayangan Sergio Ramos. Dia mempunyai kualiti pertahanan yang bagus serta lompatan yang tinggi.  Varane masih muda dan perjalanan kariernya pasti boleh dicungkil lagi ketika bersama United.

Varane dikatakan telah menolak kontrak yang di tawarkan Real Madrid pada musim ini. Varane dijangka akan menamatkan kontraknya pada tahun 2022. Kemungkinan Real Madrid perlu menjualnya pada hujung musim ini jika tidak mahu kehilangananya secara percuma. Walaupun kontraknya berbaki 1 tahun pada hujung musim ini, nilai yang berkemungkinan diletakkan untuk perpindahan Varane adalah sekitar 40 -60 juta euro.

- Advertisement -