Buletin Manchester United

Pengurusan-United-tidak-berminat-dengan-khidmat-Ramos

Ramos tidak akan ke United

Kemelut perpindahan Sergio Ramos dijangka akan berpanjangan kerana pengurusan United tidak berminat mendapatkan khidmat Ramos. Sergio Ramos yang berusia 34 tahun dilaporkan akan meninggalkan Real Madrid pada hujung musim ini. Kontrak Ramos akan berakhir pada hujung musim ini dan mana-mana kelab boleh mendapatkannya secara percuma. Ramos tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama dengan pasukan Real Madrid.

Khabar angin kuat mengatakan Man Utd dan PSG berminat untuk mendapatkan pertahanan veteran ini. Ramos berpeluang untuk ke United kerana United dilihat sedang mencari seorang pemain pertahanan yang berstatus dunia. Kepada peminat United, perpindahan ini tidak mungkin berlaku kerana puhak pengurusan tidak berminat untuk khidmat Ramos.

Perkara sebegini berlaku disebabkan Ramos kerap mengalami kecederaan sejak kebelakangan ini. Ia pasti akan memberi impak kepada pasukan United dalam hasrat untuk merampas kembali kejuaraan liga setelah sekian lama. Usia Ramos juga sudah menjangkau 34-35 tahun pada musim depan. Selain itu, ada kemungkinan faktor gaji yang tinggi perlu ditawarkan kepada Sergio Ramos. Ada khabar angin memberitahu gaji yang diminta Ramos lebih tinggi daripada gaji pemain sedia ada United. Dengan faktor usianya sudah tidak muda lagi disamping kecederaan yang sering menimpanya, maka ia kemungkinan 1 risiko kepada kelab.

Jika Ramos tidak ke United, peluang PSG untuk mendapatkan Ramos adalah cerah. PSG kemungkina bersedia menawarkan gaji lumayan kepada pertahanan yang berstatus dunia ini. Pengalaman yang ada pada pemain kelahiran Sepanyol ini tidak dapat diceritakan kerana dia telah mempunyai koleksi trofi yang pelbagai sepanjang kariernya bersama Real Madrid