Perlawanan yang tidaklah terlalu berat tapi memerlukan keputusan yang mewajibkan kemenangan ditangan United. Ya cabarannya berbeza dengan EPL jika dibandingkan dengan UEL..
Perlawanan ni United disuntik dengan berita gembira disebabkan beberapa pemain sudah berada dalam pasukan setelah pemulihan akibat kecederaan.
Hanya Raphael Varane dan Anthony Martial yang tidak tersedia. Varane seperti diketahui dia tidak akan tersedia buat pasukan United sehingga bermula Piala Dunia Qatar. Pada kejohanan itu Varane dijangka sempat cergas untuk bermain
Okay, senarai pemain untuk perlawanan ini mungkin ada beberapa pertukaran penggiliran pemain. Namun ia tidaklah secara drastik.
Penjaga Gol..
De Gea masih kekal untuk nombor syatu United. Hanya kecederaan ataupun kesilapan besar berulang kali mungkin akan digugurkan. Tapi tidak untuk setakat ini. Okay usah dipertikaikan bukan isu terlalu besar musim ini.
Back Four..
Dibarisan pertahanan United, dengan ketiadaan Varane, secara automatiknya akan diisi Lindelof. Ya disebabkan juga Maguire baru pulih dan berlatih, mood masih belum dapat. Kena kerah dulu kapten original. Bagi mandi bunga ke apa, pun Okay. Buang segala yang menghantui dirinya..
Fullback Dalot dan Shaw merupkan pilihan utama. Jika Malacia dimasukkan pun tiada masalah. Tapi jika Shaw masih dikekalkan pun takda masalah besar. Bagaimana pendekatan Ten Hag mahu merehatkan atau meneruskan momentum pemain
Pemain Tengah..
Ada faedahnya merehatkan Casemiro dan Eriksen dalam perlawanan ini. Mereka akan lebih fresh dan tidak mendapat kecederaan boleh dielak. Tetapi prestasi Scott Mektom ni angin-angin juga bro. Time dia bosan boleh Wrestling pemain dalam box lagi.
Rasanya Eriksen dan Casemiro akan diberi tanggungjawab untuk mengemudi tengah dan jika pasukan sudah membunuh perlawanan mereka akan ditarik keluar..
Pemain tengah Perancang..
Yaa, tiada pemain lagi dalam posisi ini yang dapat menggugurkan khidmat Bruno Fernandes. Van De Beek available tapi sebagai pemula mungkin belum mendapat peluang disebabkan belum full Fitness. Sering mendapat kecaman musim ini, disebabkan kurang produktif tapi peranan Bruno tetap penting diatas padang. Banyak saja suapan bola yang diberi namun manfaat itu tidak di ambil..
Serangan ..
Disini akan mendapat banyak pilihan pemain. Bagaimana pendekatan Ten Hag memilih tiga serangkai dihadapan. Ronaldo kembali dalam skuad dan dijangka akan bermula, tapi ianya bukan satu jaminan.
Diposisi sayap juga adakah Sancho akan terlibat sekali lagi untuk bermula ataupun akan diberikan kepada Rashford, dan jika tidak mungkin pemain muda seperti Elangan dan Garnacho.
Diposisi sayap kanan hanya dua persaingan individu. Antony dan Pellistri dijangka akan merebut tempat. Untuk permulaan, Ten Hag akan memilih Antony.
Ini semua hanya ramalan dan siapa pun diturunkan, kewajipan untuk bermain satu pasukan itu paling utama dan kemenangan harus dicari