Berita Terkini

Ralf Ragnick bercakap soal Hannibal

Ralf-Ragnick-bercakap-soal-Hannibal

Hannibal telah digambarkan menjalani latihan bersama skuad utama Manchester United selepas kepulangannya dari Piala Arab bersama Tunisia.

Pemain tengah itu mengalami kekecewaan apabila mereka tewas kepada Algeria pada perlawanan akhir tetapi kini kembali ke Carrington dan telah bekerja dengan pasukan senior.

Bos sementara United, Ralf Ragnick memberitahu laman web kelab bahawa dia menyedari akan kebolehan Hannibal dan berharap Hannibal berlatih dengan lebih kerap bersama skuadnya.

Komitmen antarabangsa selanjutnya pada Piala Negara-Negara Afrika bermakna Ragnick perlu menunggu untuk bekerja bersama Hannibal secara berpanjangan, tetapi dia jelas merupakan peminat Hannibal.

Ragnick berkata, “Kami mempunyai 25 orang pemain pada hari Khamis dan hanya Paul Pogba yang tiada. Hannibal telah berlatih disini buat pertama kalinya sejak saya tiba, setelah pulang daripada Piala Arab. Malangnya, dia akan meninggalkan kami kembali pada Januari kerana Piala Negara-Negara Afrika”.

“Saya menyaksikan perlawanan akhir sebelum dia dikeluarkan dan saya sedar sepenuhnya bahawa kami mempunyai seorang lagi pemain yang bagus dan berbakat tinggi yang datang daripada barisan pemain remaja kami. Saya berharap dia boleh berlatih dengan kerap selepas Piala Negara-Negara Afrika dan menjadi sebahagian daripada pasukan kami.”

“Saya fikir sejak lagenda Busby Babes ini sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA kelab dan perkara yang sama berlaku di bawah kelolaan Sir Alex Ferguson dalam 27 tahun itu.”

“Ianya bukan sahaja mengenai remaja, ianya mengenai bakat dan personaliti serta mentaliti yang betul, dan jika perkara tersebut bersatu, maka sudah tentu saya mahu pemain-pemain muda tersebut bermain seramai yang mungkin. Kami sudah mempunyai tiga, empat atau lima daripada mereka di dalam skuad dan bagi saya, ianya penting untuk mengembangkan kebolehan mereka.”

Hannibal berada dalam pasukan yang menang pada hari Khamis lepas, seperti yang boleh dilihat dari gambar yang dimuatnaik oleh Nemanja Matic di laman Instagram di atas.

Pengalaman serta masa yang dihabiskan bermain untuk negaranya pada kejohanan antarabangsa senior akan menjadi sangat bernilai buatnya apabila dia menandatangani kontrak untuk tahun 2022.

Satu lagi kejohanan besar di Cameroon pada bulan hadapan akan meneruskan perkembangannya dan Ragnick jelas tidak sabar untuk bekerja lebih rapat dengannya pada bulan-bulan yang mendatang.

Ragnick dikatakan sudah sedar tentang keperluan United untuk menambah baik di bahagian tengah, dan jika dia tidak boleh mendapatkan muka baharu untuk melakukannya, mungkin Hannibal boleh membantu.

Sumber dari Sam Preston Wartawan Sukan

Lain-Lain Artikel